Tragedi keropok beracun: Selepas abang, adik 2 tahun pula meninggal dunia

12 Jul 2024 • 3:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

[DIKEMAS KINI] TAKZIAH diucapkan buat keluarga ibu mangsa keropok beracun, Nurain Hasnorizal, 25, yang baharu kehilangan anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi, 2, 1.24 petang tadi.

Meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kanak-kanak itumenyusuli arwah abangnya yang meninggal dunia kelmarin akibat memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus.

image is not available

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia dan jenazah kanak-kanak itu telah dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dibedah siasat.

Rabu lalu, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama empat hari.

image is not available
Sinar Harian melaporkan jenazah anak kecil itu dijangka dikebumikan Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah berhampiran pusara abangnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Terdahulu, Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, telah berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu disedari Nurain yang mendapati kedua-duanya mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.

Dua beradik itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim, mereka kemudian dirawat di Wad Rawatan Rapi Pediatrik selepas pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.

image is not available

Seorang lelaki dipercayai pemilik kebun telah direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 membabitkan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu cuai membabitkan bahan beracun.

Sumber: Buletin TV3