Tragedi Mesin Padi Terjatuh Dalam Sungai, Jasad Remaja Ditemui

Entertainment
7 Sep 2025 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam tular di media sosial kejadian seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya telah terjatuh ke dalam sebuah sungai di Kampung Sanglang, Jitra, Kedah.

Dalam perkembangan terkini kejadian tersebut, BERNAMA melaporkan bahwa Amsyar Muqri iaitu remaja berusia 18 tahun itu akhirnya telah ditemui meninggal dunia.

Jasad mangsa telah ditemui sekitar jam 10 pagi tadi di dasar sungai tersebut pada kedalaman empat meter.

Difahamkan, mangsa telah menaiki mesin padi itu bersama beberapa orang rakannya sebelum mesin berkenaan terjatuh ke dalam sungai terbabit namun mangsa-mangsa yang lain berjaya berenang ke tepi ketika kejadian.

image is not available

image is not available

Kejadian mesin padi terjatuh ke dalam sungai itu difahamkan berlaku selepas selesai menuai padi.

Operasi pencarian mangsa itu telah dijalankan oleh Pasukan Penyelamat Di Air, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota polis.

Mangsa merupakan penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra.

Sumber: BERNAMA

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.