Tragedi Pelajar UPSI: Pemandu Bas Bakal Direman Lepas Keluar Hospital

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 10:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragis meragut nyawa 15 pelajar UPSI semalam masih dirawat di Hospital Taiping.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Noor Hisam Nordin berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu hanya akan dilakukan selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.

image is not available

gambar hiasan

Kita perlu tunggu dia keluar hospital sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam sidang media semalam, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragis itu mengalami kecederaan pada tangan dan masih dirawat di Hospital Taiping.

Polis juga belum sempat mengambil keterangan daripada lelaki berusia 42 tahun tersebut.

Sebelum ini, bas yang membawa 42 pelajar UPSI dan seorang kelindan itu melanggar belakang sebuah Perodua Alza sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

image is not available

image is not available

image is not available

Perodua Alza itu pula dinaiki satu keluarga iaitu pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an bersama dua anak mereka, seorang perempuan berusia enam tahun dan seorang lelaki berusia tiga tahun.

Kemalangan ngeri itu turut menyebabkan 27 penumpang bas cedera, melibatkan 23 wanita dan empat lelaki. Mereka kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling, dan Hospital Taiping.

image is not available 17 hours ago

Tular Video ‘Dashcam’ Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI - “Allah Lajunya..”