Tragedi perahu karam: Seorang lagi mangsa ditemukan lemas, seorang masih hilang

23 Jul 2026 • 8:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi perahu karam: Seorang lagi mangsa ditemukan lemas, seorang masih hilang
Seorang lagi mangsa tragedi perahu karam di Sungai Baram berhampiran Long Selatong, Marudi ditemukan lemas pada Khamis, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang, manakala seorang lagi mangsa masih hilang. Gambar hiasan

MIRI - Seorang lagi mangsa tragedi perahu karam di Sungai Baram berhampiran Long Selatong, Marudi ditemukan lemas pada Khamis, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang, manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat Jonathan Nyurang Lusut, 45, ditemukan orang awam kira-kira jam 9.50 pagi di kawasan Jiram Masen, berhampiran Long Seperek.

"Mayat mangsa diperiksa pegawai perubatan Klinik Kesihatan Long San sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” menurut kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga diteruskan bagi mengesan mangsa terakhir, Ceria Dullah, 43.

Pencarian meliputi radius kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian, namun mangsa masih belum ditemukan sehingga operasi ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula esok.

Sebelum ini, mangsa pertama, Jovian Jangin Joshua, 4, ditemukan lemas kira-kira 100 meter dari lokasi perahu karam pada 21 Julai, manakala bapanya, Joshua Uken Mathew, 38, ditemukan penduduk kampung di Long Na'ah, kira-kira 34 kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi semalam.

Dalam kejadian Isnin lepas, Jovian bersama ibu bapanya, Ceria dan Joshua serta Jonathan dipercayai menaiki sebuah perahu menuju ke Klinik Kesihatan Long San sebelum dilaporkan hilang.

Perahu dinaiki mereka kemudian ditemukan karam di Sungai Baram pada keesokan harinya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved