Tragedi RXZ Members 8.0: Balu mangsa layak terima pencen sepanjang hayat -PERKESO

LocalPersonal Finance
5 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Waris kepada tiga peserta RXZ Member 8.0 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu layak menerima pelbagai faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), manakala seorang lagi peserta yang cedera turut mendapat perlindungan di bawah skim berkenaan.

Balu dan anak menerima FPM & Faedah Pencen Penakat

Menurut PERKESO, semakan Skuad PERKESO Prihatin mendapati kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 47 tahun itu merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Kes pertama membabitkan Mohd Fauzi Othman, 44, yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Terengganu pada 31 Julai.

“Menerusi caruman dibuat sepanjang arwah bekerja, waris Allahyarham, iaitu balu dan lima anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan,”menurut kenyataan itu.

Image from: Tragedi RXZ Members 8.0: Balu mangsa layak terima pencen sepanjang hayat -PERKESO

PERKESO memaklumkan waris Allahyarham akan menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,794.58 sebulan mengikut syer masing-masing.

Pencen itu akan dibayar kepada balu sepanjang hayat, manakala anak-anak layak menerimanya sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

Bagi waris Zulkanain Mat Said, 39, mereka turut layak menerima FPM sebanyak RM3,000 dan Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,840.13 sebulan. Sementara itu, waris Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, yang merupakan pencarum Skim LINDUNG 24 Jam, layak menerima FPM serta Faedah Orang Tanggungan (FOT).

“Sebagai pencarum aktif LINDUNG 24 Jam di bawah Akta 4, waris beliau layak menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta pencen bulanan menerusi FOT,”

Image from: Tragedi RXZ Members 8.0: Balu mangsa layak terima pencen sepanjang hayat -PERKESO

PERKESO turut memaklumkan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham Muhammad Shahrul akan menerima FOT mengikut syer masing-masing, dengan jumlah keseluruhan manfaat dianggarkan melebihi RM260,000 dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.

Dalam masa sama, seorang lagi peserta yang cedera layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara serta Bayaran Ganti Belanja mengikut tempoh cuti sakit dan kos rawatan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved