Waris Kemalangan Maut RXZ Member Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Empat peserta RXZ Member 8.0 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu didapati mempunyai perlindungan aktif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Tiga daripada mereka maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan. Semakan Skuad PERKESO Prihatin mendapati kesemua peserta berusia antara 20 hingga 47 tahun itu merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Mangsa cedera kemalangan RXZ member turut dilindungi

Image from: Waris Kemalangan Maut RXZ Member Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat
Kredit Foto: Janaan AI

Durulmaizi Salamon, 47, yang cedera pada bahu dan kaki kanan dalam kemalangan di Kilometer 294 Lebuhraya Pantai Timur 2, Kemaman pada 31 Julai layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara.

Beliau turut layak menerima Bayaran Ganti Belanja berdasarkan tempoh cuti sakit dan kos rawatan yang ditanggung.

Bagaimanapun, suaminya yang maut dalam kemalangan sama tidak layak menerima faedah PERKESO kerana bukan pencarum. Kes berkenaan kemudian dirujuk kepada agensi lain menerusi inisiatif Social Synergy.

Pencen untuk balu dan anak sepanjang hayat

Image from: Waris Kemalangan Maut RXZ Member Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat
Kredit Foto: Janaan AI

Mohd Fauzi Othman, 44, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala ke Terengganu pada 31 Julai.

Menerusi caruman dibuat sepanjang arwah bekerja, waris Allahyarham, iaitu balu dan lima anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan.- Menurut kenyataan itu.

Warisnya akan menerima FPM sebanyak RM3,000 secara sekali bayar serta Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,794.58 sebulan mengikut syer masing-masing.

Pencen itu akan dibayar kepada balunya sepanjang hayat. Lima anak Allahyarham pula layak menerimanya sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian peringkat ijazah pertama.

Waris terima faedah bulanan

Image from: Waris Kemalangan Maut RXZ Member Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat
Kredit Foto: Janaan AI

Bagi Zulkanain Mat Said, 39, yang maut dalam kemalangan di Gambang pada 31 Julai, warisnya turut layak menerima FPM sebanyak RM3,000.

Mereka juga akan menerima Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,840.13 sebulan mengikut syer masing-masing.

Sementara itu, waris Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, yang maut di Kilometer 258.6 LPT2 menghala ke Terengganu pada 1 Ogos layak menerima FPM dan Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.

Allahyarham yang belum berkahwin merupakan pencarum aktif LINDUNG 24 Jam. FPM sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada waris manakala FOT berjumlah RM1,115.10 sebulan disalurkan kepada ibu bapa mangsa seumur hidup dan tiga adiknya sehingga berusia 21 tahun.

Jumlah keseluruhan FOT yang akan diterima keluarga berkenaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun dianggarkan melebihi RM260,000.

The post Waris Kemalangan Maut RXZ Member Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved