Tragedi Sebelum Gawai, Rumah Panjang Di Sibu Musnah Akibat Kebakaran

30 May 2023 • 4:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

100 penduduk kehilangan tempat tinggal susulan kejadian

Tragedi Sebelum Gawai, Rumah Panjang Di Sibu Musnah Akibat Kebakaran. Dilaporkan sebuah rumah panjang di Sibu telah musnah akibat sebuah kebakaran.

Kebakaran terbabit turut menyebabkan 100 penduduk rumah panjang itu kehilangan tempat tinggal.

image is not available
Tragedi Sebelum Gawai, Rumah Panjang Di Sibu Musnah Akibat Kebakaran

Berjaya dipadamkan menggunakan air dari kolam rumah panjang

Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengatakan bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan pada 10:36AM hari ini mengenai kebakaran besar di Rumah Selunsin, Pakan.

Seramai 20 anggota bomba dari balai Bintangor dan Sarikei telah dikerahkan, namun api sudah kemuncak apabila mereka tiba.

image is not available
Kredit: JBPM

Anggota bomba berjaya memadamkan api tersebut menggunakan air dari kolam rumah panjang dan keadaan dikawal sekitar sejam kemudian.

Api tersebut telah menyebabkan rumah panjang 15 pintu itu mengalami kemusnahan di bahagian bilik tidur dan beranda. Sementara itu, bahagian belakang rumah panjang mengalami 80% rosak.

Kejadian tersebut telah menyebabkan sekitar 100 penduduk kehilangan tempat tinggal tetapi kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Lagi di sini: