Tragedi Subuh: 4 Maut Angkara Motosikal Bergesel Sesama Sendiri

24 Jul 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Empat maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal dekat Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan (PlluS),Seremban awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 3 pagi berhampiran Plaza Tol Seremban/Labu itu dipercayai berlaku selepas kumpulan berkenaan bergesel sesama sendiri.

image is not available

Maklumat awal diterima mendapati tiga maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci berhubung kejadian.