Tragis, kanak-kanak 10 tahun lemas terjatuh jeti ketika sedang bermain

14 Jun 2024 • 9:24 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nur Aqisyah Abdullah, ditemukan lemas selepas terjatuh di jeti Sungai Kampung Dapur Arang, Gelang Patah, petang semalam.

Mayatnya ditemukan pada jam 9.07 malam tadi susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas dia dilaporkan terjatuh, iaitu pada jam 4.40 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M. Kumarasan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama adik perempuannya yang berusia enam tahun serta rakan mereka yang berumur 9 tahun bermain di jeti terbabit.

“Ketika sedang duduk di jeti, mangsa telah tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

“Bomba dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menemukan mayat mangsa pada jarak lima meter dari jeti di kedalaman tiga meter dari paras sungai," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Saifulizam Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota. - 14 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved