Trak Dikejar Tentera Terbabas Masuk Longkang, Cubaan Seludup Ketum Gagal

23 Feb 2023 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Air daun ketum sering disalahgunakan oleh sesetengah individu atau penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan Psikoaktif Mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria hingga boleh menyebabkan ketagihan.

Terbaru, cubaan dua lelaki untuk menyeludup sejumlah daun ketum ke negara jiran, Thailand menggunakan trak pikap gagal selepas ditahan di Kampung Sungai Kechil, Kedah. Beberapa gambar insiden tersebut telah tular di media sosial Twitter.

Menurut laporan Kosmo!, trak jenis Toyota Hilux itu terbabas ke dalam sebuah longkang di situ selepas dikejar oleh anggota tentera yang juga pasukan keselamatan di situ dan beberapa bungkusan daun ketum bertaburan di tepi jalan.

Difahamkan, daun ketum yang dibawa kumpulan penyeludup tersebut dianggarkan berjumlah lebih kurang satu tan.

Sebagai info, menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article