Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki berkongsi video sebuah lori trak yang dikerumuni banyak tikus didakwa di R&R Seremban arah utara.
Dakwa Nzar, trak itu digunakan oleh pekerja di medan selera R&R berkenaan bagi menyimpan stok makanan-makanan kering yang digunakan dan dijual di sana.
Menerusi video dikongsi, kelihatan haiwan-haiwan perosak itu berkumpul di bahagian atas, dalam dan bawah enjin trak tersebut.
Tikus Berkerumun Pada Bekas Makanan Disyaki Milik Peniaga Di Medan Selera R&R Seremban
Kelihatan juga ada tikus yang berkeliaran pada bekas-bekas makanan yang diletakkan pada tempat duduk kenderaan itu.
“Yang aku tau trak ni tempat simpanan makanan bahan kering salah satu medan selera dekat kawasan R&R Seremban arah utara.
“Kalau macam ni punya banyak rasa-rasa dekat dalam tu dah 10 keturunan ada situ,” dakwanya.
View on Threads
Trak Didakwa Sudah Bertapak Di R&R Seremban Lebih 10 Tahun
Seorang pengguna Threads lain turut mendakwa pernah terlihat pekerja medan selera mengambil barangan daripada trak sama.
Dakwa seorang lagi individu, trak itu sudah lebih 10 tahun ditinggalkan dan bertapak di kawasan terbabit.
PLUS Akan Siasat Dakwaan Trak Simpan Makanan Dikerumuni Tikus
Mengambil maklum hantaran tular, PLUS menerusi ruangan balas memaklumkan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan lanjut mengenai isu tikus yang ‘bersarang’ di trak lori yang didakwa terletak di R&R Seremban itu.
“Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan salurkan perkara ini kepada pihak yang berkaitan untuk semakan dan tindakan lanjut.
“Terima kasih atas keprihatinan dan maklum balas anda,” kata pengendali akaun Threads PLUS hari ini (1 Oktober).
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/PLUS-Malaysia-1024x433.jpeg)
Ada Individu Dakwa Trak Sudah Disita PLUS, Medan Selera Akan Diperiksa KKM
Namun seorang individu mendakwa pihak PLUS telah pun menunda trak itu pagi ini.
“Perkembangan dari abang ipar yang kerja bahagian makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua jam lepas. Pasukan PLUS dah tunda malam tadi.
“Pasukan KKM akan periksa seluruh medan selera dekat situ pagi ini,” katanya.
Pun begitu, tiada sebarang pengesahan dari PLUS mahupun KKM berhubung dakwaan tersebut.
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/PLUS-tunda-trak-penuh-dengan-tikus-1024x452.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Dah Habis Makan Baru Nampak, Individu Dakwa Tikus Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Restoran [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Tikus Rupanya Memerang Merayap Di Kedai Makan [Video]
‘Lori Tu Aktif Digunakan, Pernah Nampak Pekerja Ambil Barang’ – Pengguna Threads
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa geli melihat tikus-tikus yang berkumpul di trak kecil itu.
“Weh sumpah la. Balik Negeri Sembilan mesti berhenti R&R situ. Takutnya Ya Allah,” kata seorang wanita.
Bagaimanapun ada juga yang mempersoal sama ada trak itu memang benar masih digunakan oleh pihak pekerja medan selera atau sebaliknya. Pun begitu, seorang wanita yang dipercayai selalu berada di kawasan itu berkata trak berkenaan sentiasa digunakan.
“Lori ni memang digunakan secara aktif. Saya pernah nampak pekerja buka pintu belakang untuk ambil barang,” dakwanya.
‘Bahaya Boleh Jadi Wabak, Pengendali Makanan Kena Lebih Prihatin’ – Netizen
Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan pengunjung yang makan di medan selera tersebut.
“Bahaya ni. Maaf cakap, pengendali makanan kena lebih prihatin bab macam ni. Silap hari bulan, boleh jadi wabak nanti. R&R boleh kena tutup sementara. Peniaga tak boleh berniaga. Tu belum bab kena boikot.
“Maklumat dah ada, mohon yang berkenaan ambil tindakan dengan kadar segera,” luah seorang warganet.
Malah ada yang risau jika tidak dikawal, perkar ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit kencing tikus.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-992x1024.jpeg)
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-2-987x1024.jpeg)
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-3-1024x1011.jpeg)
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-4-934x1024.jpeg)
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-5-882x1024.jpeg)
![Image from: Trak Penuh Tikus Didakwa Jadi Stor Simpan Makanan Kedai Di R&R Seremban Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lori-rr-seremban-jadi-sarang-tikus-6-1024x784.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Lipas Dalam Makanan Di Restoran Terkenal, KKM Akan Jalankan Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: Isu Lipas Pada Ruangan ‘Display’, Empire Sushi Mohon Maaf & Buat Deep Cleaning
Baca Artikel Berkaitan: Tular Tikus ‘Ratah’ Ayam Goreng Di Kedai Mamak, KKM Minta Salurkan Maklumat Untuk Diambil Tindakan [Video]

