Geli tengok lori simpan barang kedai makan penuh tikus

LocalFood
1 Oct 2026 • 10:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Geli tengok lori simpan barang kedai makan penuh tikus

PETALING JAYA – Keadaan sebuah lori menyimpan barang sebuah kiosk makanan yang dipenuhi tikus mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Threads Nazitsme, lori berkenaan dikatakan diletakkan di kawasan parkir sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Dalam video tersebut kelihatan lebih 10 ekor tikus berada di sekeliling lori berkenaan.

“Yang aku tahu trak ni tempat simpanan makanan bahan kering salah satu ‘food court’ dekat kawasan R&R arah utara kalau macam ni punya banyak rasa-rasa kat dalam tu dah 10 keturunan ada situ,” tulis hantaran tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebersihan kawasan serta premis yang dikatakan menggunakan lori berkenaan.

“Aku tahu dekat mana, pernah nampak pekerja buka belakang tu nak ambil barang,” kata Pikah.

“Jangan sampai terkena kencing tikus, mendapat kedai tu. Harap video ni sampai dekat Kementerian Kesihatan atau pihak Plus sendiri,” kata Keyrol.

“Pernah nampak tikus berkampung dalam van dekat Sungai Besi, ingatkan van tu orang tinggal rupanya van tu tempat simpan barang jual kepok lekor. Semenjak daripada tu tak berani dah sangat beli tepi jalan ni,” kongsi Aisiraplaici. – KOSMO! ONLINE

The post Geli tengok lori simpan barang kedai makan penuh tikus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved