Trak tentera tenggelam dalam tasik di Kem Sri Banding

4 Jul 2025 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Trak Handalan milik 9 RAMD (Para) mengalami masalah brek terjunam ke dalam tasik dan tenggelam dalam kejadian pada Khamis. Foto: ihsan pembaca

GERIK - Tiga anggota tentera terselamat selepas trak Handalan milik Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) tenggelam di kawasan jeti bot Markas Taktikal Kem Sri Banding di sini pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, trak tiga tan berkenaan dipandu ketika penugasan mengambil anggota di jeti berkenaan.

"Dalam kejadian sekitar jam 2.50 petang itu, brek trak berkenaan didakwa tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kenderaan itu tidak dapat berhenti dan memasuki pinggir tasik.

"Kenderaan berkenaan dinaiki dua anggota daripada 9 RAMD Para dan seorang daripada 10 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Para bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurut Noor Hisam, tiada peralatan terkawal mahupun senjata tenggelam dalam kejadian itu.

"Pasukan 15 RAMD telah memohon jentera Kembalik daripada 2 Woksyop Ipoh bagi menarik trak berkenaan.

"Tiada laporan polis diterima terhadap insiden itu," katanya.