Trans fat boleh membunuh

Health & Fitness
10 Dec 2025 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Trans fat boleh membunuh
Gambar: Public Health M'sia

‼️Kajian menunjukkan, setiap kenaikan 2% tenaga harian daripada trans fat boleh meningkatkan risiko kematian sekitar 14% dan risiko penyakit jantung lebih 25%.

Apa sebenarnya trans fat?

Trans fat ialah sejenis lemak tidak sihat yang terbentuk bila minyak sayuran cair diubah jadi lebih pekat dan separa pepejal (contohnya marjerin). Ia buat makanan jadi lebih rangup, lebih sedap dan tahan lebih lama di rak. Sebab itu ia popular dalam industri makanan.

Masalahnya, trans fat ini bukan macam lemak biasa. Ia:

• Naikkan kolesterol jahat (LDL)

• Turunkan kolesterol baik (HDL)

Senang cakap, ia percepatkan salur darah jadi sempit dan tersumbat

Bagaimana trans fat terbentuk?

1. Proses industri – bila minyak sayuran diproses jadi marjerin

2. Minyak dipanaskan berulang kali – contohnya minyak goreng yang digunakan berkali-kali di kedai makan, gerai atau fast food. Semakin kerap dipanaskan, semakin banyak trans fat boleh terbentuk.

Makanan apa yang banyak trans fat?

Trans fat selalunya “bersembunyi” dalam:

  • Makanan bergoreng guna minyak berulang kali
  • Pastri, donut, roti krim, kuih yang sangat flaky
  • Biskut, wafer, snek rangup dalam paket yang tahan lama
  • Sesetengah marjerin (terutama yang murah)
  • Ayam goreng, fries, hashbrown, onion ring, pie
  • Roti lembut, pastry dan pie selalunya guna marjerin

Lagi rangup, lagi sedap, selalunya lagi tinggi risiko.

Apa risiko pada tubuh?

Pengambilan trans fat yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan jantung awal, Strok. Ia juga menyebabkan radang kronik dalam badan. Risiko diabetes dan obesiti meningkat

Ini semua bukan jadi dalam sehari. Ia kumpul perlahan-lahan, senyap, bertahun-tahun.

Jadi, apa kita boleh buat?

  • Kurangkan kekerapan makan fast food bergoreng
  • Kurangkan pengambilan pastri dan manis
  • Kurangkan krimer bukan tenusu dalam kopi
  • Lebihkan makanan dimasak di rumah, guna minyak baru dan tak overheat

Kita tak boleh kawal semua benda dalam hidup.

Tapi kita boleh kawal apa yang kita masukkan ke dalam tubuh, satu pinggan demi satu pinggan.

Jantung kita kerja 24 jam dari hari pertama kita lahir. Sekarang giliran kita pula untuk jaga dia betul-betul.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.