Transformasi ‘Beyond Zero’ Jadi Inisiatif UMW Toyota Ke Arah Neutral Karbon Menjelang 2050

TechnologyDigitalCars
22 Feb 2024 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selaras dengan matlamat global Toyota ke arah Neutral Karbon Menjelang tahun 2050 kelak, Toyota telah mengadakan sebuah acara ‘Toyota Beyond Zero’ yang terbuka kepada orang awam bermula pada 20 hingga 28 Februari di Taman Teknologi Malaysia yang sekaligus memperlihatkan inisiatif transformasi pihak Toyota terhadap penghasilan produk yang mesra alam dan ekosistem rendah karbon.

Acara Toyora Beyond Zero ini dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau memuji usaha yang dipamerkan pihak UMW Toyota dalam usaha merealisasikan amalan mampan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menerusi acara ini, pelbagai jenis teknologi elektrifikasi termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid, Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api dipamerkan. Kesemua kenderaan elektrifikasi yang dipamerkan secara tidak langsung membuktikan kemampanan automotif terkini dalam menampilkan elemen reka bentuk dan teknologi termaju yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar.

image is not available

Antara kenderaan elektrik yang dipamerkan untuk kategori HEV ialah Corolla Cross, Prius 24H Le Mans Centennial GR Edition HEV dan beberapa lagi kenderaan lain seperti Alphard 2.5L HEV, Innova Zenix 2.0L HEV, Camry 2.5L HEV dan Vellfire 2.5L HEV.

image is not available

image is not available

Manakala, bagi kategori BEV pula ialah C+Pod, bZ4X, Lexus RZ serta beberapa lagi kenderaan elektrik bateri lain termasuk jenis prototaip seperti Hilux Revo e ditunjukkan.

image is not available

image is not available

Bagi kenderaan elektrik yang menggunakan sel bahan api kategori FCEV pula, dipamerkan Mirai FCEV, GranAce FCEV, Hilux FCEV dan Corolla Cross H2.

image is not available

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik ialah acara ini turut mempamerkan bas SORA di mana ia adalah sebuah bas yang dikuasakan oleh bahan api hidrogen yang meletakkannya dalam kategori FCEV sama seperti Mirai dan GranAce. Bas SORA ini digerakkan dengan bantuan gas hidrogen yang bertindak balas dengan oksigen dan menjana tenaga elektrik dan memberi kuasa kepada motor elektrik serta hanya akan mengeluarkan air sebagai sebagai kesan daripada tindak balas tersebut.

image is not available

Bermula daripada kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri sehinggalah kepada teknologi sel bahan api hidrogen, kesemuanya menjelaskan konsep ‘Beyond Zero’ yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen Toyota untuk memupuk ekosistem hijau dan rendah karbon untuk semua rakyat Malaysia. Diharapkan matlamat untuk mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050 kelak akan terlaksana demi kesejahteraan bersama.