Transformasi Digital Imigresen: Aplikasi MyNIISe Berjaya Lancarkan Aliran Pergerakan Di Pintu Masuk Utama Negara

LocalTechnology
3 Jul 2026 • 7:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

niise ft

Isu kesesakan di Tambak Johor kini menemui jalan penyelesaian menerusi aplikasi MyNIISe yang semakin stabil.

Penggunaan kemudahan QR untuk urusan keluar masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) berjaya melancarkan aliran pergerakan di dua pintu masuk utama negara.

myniise

Berdasarkan data setakat 28 Jun 2026, aplikasi MyNIISe telah merekodkan:

  • 2.4 juta muat turun aplikasi.

  • 1.27 juta pengguna berdaftar.

  • 19.48 juta jumlah transaksi QR di BSI & KSAB (bagi tempoh 13 Oktober 2025 – 28 Jun 2026).

Pecahan transaksi QR di BSI & KSAB adalah seperti berikut:

  • QR Motosikal: 13,437,827 transaksi

  • QR Kenderaan: 5,707,660 transaksi

  • QR Pejalan Kaki: 334,433 transaksi

gh phone 2

Transformasi digital ini turut diperluaskan ke lima lapangan terbang utama negara dengan 5.59 juta transaksi direkodkan dari 1 Januari hingga 28 Jun 2026, melibatkan:

  • KLIA 1: 2,839,276 transaksi

  • KLIA 2: 1,494,037 transaksi

  • Bayan Lepas: 1,189,871 transaksi

  • Senai: 61,222 transaksi

  • Kuching: 8,074 transaksi

  • Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang menterjemahkan reformasi kepada perkhidmatan yang cekap, pantas dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

    Transformasi digital seperti MyNIISe akan terus diperkasa untuk memudahkan urusan harian rakyat dan memperkukuh kecekapan sistem imigresen negara.

    Sumber: Saifuddin Nasution Ismail

    Sumber: FacebookSumber: Gambar Hiasan

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved