Kesatuan sekerja di Malaysia membawa impak yang signifikan terhadap landskap ekonomi negara pasca-Bajet 2027, terutamanya melalui peranan mereka dalam memperjuangkan hak para pekerja, mempengaruhi dasar upah, dan memupuk keharmonian di tempat kerja. Kesatuan sekerja menggunakan kuasa rundingan kolektif untuk menuntut gaji yang lebih adil, elaun, dan bonus bagi pekerja, termasuk peranan penting dalam mendorong pelaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia. Dengan menjadi perantara majikan dan pekerja melalui perundingan langsung, kesatuan sekerja telah dapat membantu mengurangkan konflik perusahaan (industri), bantahan bekerja mengikut peraturan, mogok yang tidak terkawal, dan ketidakstabilan perhubungan dan produktiviti di tempat kerja.

Ketika menyokong perlaksanaan Bajet 2027, Senator Syed Shahir Syed Mohamud, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menyatakan “Pergerakan kesatuan sekerja adalah satu elemen penting dalam perhubungan perindustrian di Malaysia. Kami berjuang untuk mendapatkan keadilan upah lebih baik dan hak yang saksama dalam pekerjaan. Berdasarkan kepada sejarah perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia selepas perang dunia kedua, kegawatan ekonomi dunia berlaku yang mengakibatkan pekerja-pekerja berjuang untuk mengatasi kesmiskinan sejagat. Apabila negara telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah dinamakan sebagai Ordinan Kesatuan Sekerja 1959, termasuk Sabah & Sarawak.”
Berucap di Simposium Kajian Kesatuam Sekerja 2026, Senator Syed menyarankan “Penglibatan pekerja dalam Kesatuan Sekerja bergantung kepada pekerja itu sendiri dalam memenuhi kehendak dan keperluannya dalam pekerjaan. Marilah kita kembali kepada akar perjuangan pekerja dengan belajar dari sejarah silam & terus belajar dalam era digitalisasi yang mencabar ini supaya kita terus relevan. Kekuatan kita supaya sentiasa di hurmati dan disegani oleh pemerintah (kerajaan) dan majikan adalah bermuafakat 'sehati sejiwa kita' yang seutuhnya dan bukan setakat retorika sahaja.”

Pada hemat saya, masa depan kesatuan sekerja di Malaysia dan di global kini berada di persimpangan jalan akibat gelombang digitalisasi, automasi, dan ledakan ekonomi gig. Untuk kekal relevan dalam pasaran kerja masa hadapan, kesatuan sekerja terpaksa beralih daripada model industri tradisional kepada strategi kepimpinan yang lebih berpengetahuan, produktif, dinamik dan fleksibel.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





