Transformers: Rise of the Beasts

Movie
16 Jun 2023 • 3:30 PM MYT
Rasfan Abu Bakar
Rasfan Abu Bakar

Penulis merupakan pensyarah seni visual di ASWARA

image is not available
Foto: IMDB

Oleh: Rasfan Abu Bakar

Peminat setia Transformers sudah pasti tertunggu-tunggu akan kehadiran instalasi ke 7 siri ini. Kali ini Transformers telah diarahkan oleh sutradara yang baru iaitu Steven Caple Jr. Ditanganya naskah ini menjadi segar dan jauh lebih menarik berbanding siri-siri yang terdahulu.

Transformers: Rise of the Beasts bermula dengan prolog yang memperkenalkan Maximals (Transformers versi haiwan) mengalahkan Unicron, robot yang memakan planet untuk terus hidup. Setelah itu, mereka meninggalkan planet dan menetap di Bumi ketika zaman purba.

Image from: Transformers: Rise of the Beasts
Foto: IMDB

Image from: Transformers: Rise of the Beasts
Foto: IMDB

Beribu tahun kemudian, pada tahun 1994 New York City, Noah Diaz yang masih muda perlu mencari pekerjaan untuk menyara adik lelakinya, Kris yang menghidap penyakit sel anemia. Akibat terdesak kerana ketiadaan wang, Noah bersetuju dengan tawaran rakannya untuk mencuri sebuah kereta Porsche.

Ketika memecah masuk kereta tersebut, tanpa dia sedari sebenarnya Porche itu adalah kumpulan Autobot yang bernama Mirage. Sementara itu, Elena Wallace telah berjaya membuat satu penemuan menarik sebagai pelatih di Muzium Arkeologi New York di Pulau Ellis. Elena berjaya menemui satu relik yang dikenali sebagai Transwarp Key.

Transwarp Key merupakan satu alat yang boleh membuka portal ruang masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Menyedari akan hal itu, Optimus Prime mula memanggil semua Autobot untuk mendapatkan alat tersebut agar mereka semua boleh pulang semula ke Cybertron.

Image from: Transformers: Rise of the Beasts
Foto: Time Out

Tetapi Transwarp Key itu turut menarik perhatian kumpulan lain pula iaitu Terrorcons. Terrorcons berkhidmat kepada Unicron dan ketuanya pula adalah Scourge, sebuah robot yang sangat perkasa. Justeru itu Autobot yang di ketuai oleh Optimus Prime mula bertarung dengan Terrorcons. Kedua-dua kumpulan ini berebutkan Transwarp Key. Dalam pertarungan ini Optimus Prime gagal dan kelihatan lemah ketika bertarung dengan Scourge. Lebih menyedihkan Bumblee Bee mati di tangan Scourage.

Tetapi Terrorcons tidak menyedari bahawa Transwarp Key terpisah kepada dua bahagian dan kini mereka meneruskan misi untuk mendapatkan sebahagiannya lagi. Justeru itu Autobot dan Terrorcons mula mengatur strategi untuk mendapatkan sebahagian lagi Transwap Key dan ini membawa mereka semua ke Peru. Di Peru Autobot mula bergabung dengan Maximals yang diketuai oleh Optimus Primal.

Image from: Transformers: Rise of the Beasts
Foto: Alamy

Gabungan Autobot dan Maximals mula menggempur kumpulan Terrorcons dan kali ini pertempuran menjadi lebih hebat kerana terdapat dua Prime yang menentang  Scourage. Dalam keadaan yang genting itu, Bumblee Bee telah hidup kembali kerana tenaga Transwarp Key yang digabungkan itu berjaya memulihkan jasadnya. Kehadiran Bumblee Bee telah memberi inspirasi kepada Autobot dan mereka bertarung dengan jayanya.

Berbeza pula dengan keadaan Mirage, robot berbentuk kereta ini hampir mati ditangan Scorage tetapi dia mengambil keputusan untuk menukarkan keadaan dirinya kepada satu sut robot yang kemudianya dipakai oleh Noah. Kini Noah pula bertarung dengan Scourage menggunakan sut barunya. Dipenghujungnya Optimus Prime berjaya menewaskan Scourage dan dapat menghalang cita-cita Unicron untuk memusnahkan bumi.

Kesimpulannya, Transformers: Rise of the Beasts jauh berbeza dari versi sebelumnya. Semua robot dihasilkan lebih mirip kepada siri animasi asal dan tiada lagi robot-robot  besar gedabak yang kelihatan sangat pelik. Warna robot juga mengikut warna skemetik seperti versi yang asli. Hal ini sangat berbeza dengan sebelumnya dimana pengarah Micheal Bay mengubah bentuk serta warnanya dan ini mecacatkan karekter sebenar robot tersebut.

Selain itu jalan ceritanya juga ringkas dan tidak berbelit-belit tanpa arah. Pelakonnya juga berjaya menghidupkan watak dan tiada lagi aksi manusia terjerit-jerit, memekik melolong seperti lakonan Shia LaBeouf dan Mark Whalberg. Siri kali ini juga menampilkan banyak watak baru diantaranya Optimus Primal, Airazor, Scourage, Mirage, Arcee, Nightbird dan Cheetor.

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).


Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.