Trauma Kes Zara Qairina, 124 Pelajar Diberi Sesi Pemulihan Keyakinan

LocalFamily & Parenting
14 Aug 2025 • 9:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Insiden kematian tragis pelajar, Zara Qairina Mahathir di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, ternyata memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan sekolahnya.

Bagi membantu mereka kembali pulih, pihak polis mengambil langkah proaktif dengan menjalankan sesi intervensi khusus bagi memulihkan keyakinan pelajar yang terjejas.

image is not available

Rakan-rakan trauma kes Zara Qairina

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar menyatakan sebanyak 124 pelajar dikenal pasti mengalami trauma akibat insiden itu.

“Seramai 124 pelajar yang kita kesan mengalami trauma akibat insiden ini menjalani proses intervensi.

“Intervensi ini adalah satu proses digunakan elemen psikiatri dan sebagainya untuk memulihkan keyakinan supaya tahap keyakinan kembali dan perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

image is not available

Langkah bantuan kepada pelajar-pelajar selepas insiden kematian Zara Qairina

Difahamkan, langkah itu dijalankan dengan bantuan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) yang turun ke sekolah tersebut.

Selain siasatan yang sedang berlangsung, pendekatan ini dilihat penting bagi memastikan pelajar kembali stabil dari segi emosi dan tidak terbeban dengan trauma berpanjangan.

image is not available

Kes Zara Qairina sebelum ini mendapat perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan orang awam berharap pihak berkuasa dapat memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.

Sumber: Buletin TV3