‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

LocalTravel
17 May 2026 • 11:06 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

'Travel around the world' warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam Shah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni apabila pelajar Tingkatan 5 mengambil inisiatif meraikan para guru menerusi tema “Travel Around The World”.

Majlis sambutan yang diadakan di peringkat sekolah itu dengan bertemakan ‘Guru Bitara Nadi Negara’ berjaya menarik perhatian warga sekolah apabila setiap kelas tampil kreatif menghias ruang dan memperagakan pakaian bertemakan pelbagai negara dari seluruh dunia.

Pelajar juga dilihat mengenakan pelbagai gaya kostum unik manakala guru-guru yang diraikan tampil dengan gaya berpakaian mengikut tema pelancongan antarabangsa.

Antara persembahan yang mencuri perhatian termasuk tarian kebudayaan, nyanyian, sketsa santai serta tayangan video penghargaan khas yang memaparkan kenangan dan jasa guru sepanjang mendidik pelajar di sekolah itu.

Menurut wakil pelajar Tingkatan 5, tema “Travel Around The World” dipilih bagi menggambarkan peranan guru sebagai insan yang membawa pelajar meneroka dunia ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh persekolahan.

“Sambutan ini menjadi simbol penghargaan kami kepada semua guru yang sentiasa sabar membimbing dan mendidik pelajar tanpa mengenal penat lelah,” katanya.

Sementara itu, pihak sekolah turut menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan ibu-bapa atas usaha, kerjasama dan kreativiti dalam menjayakan sambutan berkenaan. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved