Travel Tanpa Bawa Wang, Dua Warga Rusia Di Bintulu ‘Mengemis’ Di Bintulu Ini Dikecam Netizen

11 Jul 2023 • 3:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Trend pelancong ‘backpacker’ mengemis kembali meningkat di Malaysia.

Travel Tanpa Bawa Wang, Dua Warga Rusia Di Bintulu ‘Mengemis’ Di Bintulu Ini Dikecam Netizen. Isu pelancong asing yang melancong cara backpackers dengan mengemis atau meminta sumbangan (begging) daripada orang ramai untuk menampung kos perjalanan menjadi trend di ibu kota.

Mana tidaknya, ada yang berseloroh bahawa sebahagian rakyat negara ini dikatakan terlalu baik dan menyanjung tinggi golongan ini sehingga mereka mudah mengambil kesempatan.

image is not available
Travel Tanpa Bawa Wang, Dua Warga Rusia Di Bintulu ‘Mengemis’ Di Bintulu Ini Dikecam Netizen

“Untung lah, datang melancong takda bawa duit…kami ni..takda duit kerja bang” – netizen

Tular gambar pasangan warga Rusia sedang ‘mengemis’ di kawasan lampu trafik di Bintulu sambil meraih simpati orang sekeliling telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Dalam gambar tersebut, terlihat sepasang suami isteri berdiri dengan membawa sebuah papan tanda yang bertulis “Hi! Kami adalah pelancong Rusia yang melakukan perjalanan tanpa membawa wang. Tolong sokong perjalanan kami. Terima kasih.”

image is not available

Kongsian gambar tersebut telah tular di laman sosial, ada netizen meninggalkan komen bahawa golongan backpackers ini tidak patut berbuat sedemikian.

Sedangkan orang lain bekerja untuk menyara hidup masing-masing, tetapi golongan ini pula senang-senang mengemis di negara orang lain untuk melancong.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: