#Travelmana: Tawar Laluan KL-Eropah, Ini 4 Sebab Korang Perlu Pilih EVA Air!

28 Aug 2023 • 8:52 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’, yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai satu pengalaman penerbangan yang luar biasa. Kempen ini dirancang khas untuk pelancong Malaysia yang mengidamkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah.

Seiring dengan perkembangan landskap pelancongan, EVA Air menyedari semakin pentingnya perjalanan yang berkualiti dan bermakna. Justeru, kempen ‘Elevating Your Experience’ diilhamkan untuk memberi inspirasi dan meningkatkan pengalaman deria serta nilai-nilai yang dititikberatkan oleh pengembara moden.

Dengan hospitality Taiwan yang mesra, EVA Air turut memperkenalkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke beberapa bandar di Eropah melalui Taiwan iaitu Milan, Munich, Paris, Vienna, London, dan Amsterdam.

Pengurus Besar EVA Air Malaysia, Encik Jack Tseng berkata, “Dengan kempen ‘Elevating Your Experience’, kami menjemput rakyat Malaysia untuk merasai satu pengalaman penerbangan yang luar biasa. Kami amat berbesar hati untuk memberi inspirasi dan menyemarakkan semangat para pengembara kami, dengan memastikan setiap penerbangan dengan EVA Air satu perjalanan yang penuh penerokaan, keselesaan dan keterujaan.”

image is not available

Syarikat Penerbangan yang Memenangi Pelbagai Anugerah







Pensijilan Syarikat Penerbangan 5 Bintang SKYTRAX:



Keselamatan dan Kebolehpercayaan Penumpang:



Inovasi dan Pengalaman Digital:



Tawaran Hidangan Gourmet:

Peraduan ‘Spot the Truck, Catch the Luck’