
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Bersyukur dengan penghormatan dan kepercayaan yang diberikan, Nabila atau mesra disapa Bella, 31, berkata dia kini menggalas satu lagi tanggungjawab besar bagi memastikan amanah itu dilunaskan dengan sebaik mungkin.
Akui Nabila, Taiwan sememangnya antara destinasi yang berada dalam senarai lokasi pelancongan ingin dikunjunginya dan tawaran diterimanya itu umpama pucuk dicita ulam mendatang kerana sudah lama menyimpan impian untuk ke pulau tersebut.
“Pelantikan sebagai Duta Salam Taiwan 2024 banyak membuka mata Bella mengenai komitmen jitu Taiwan sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim.
“Banyak perkara baharu yang Bella terokai sepanjang berada di sana. Lebih istimewa, Taiwan sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan percutian seisi keluarga kerana ia menawarkan pelbagai tarikan yang tersendiri.
“Bella sangat berbesar hati dapat berkongsi pelbagai informasi menarik mengenai Taiwan. Bahkan, Bella sangat teruja apabila berpeluang memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia, terutama masyarakat Islam untuk meneroka sebuah lagi destinasi pelancongan mesra Muslim,” katanya.
Bitoujiao Trail, berbasikal di Taichung



