TRC Synergy Berhad mohon maaf insiden tumpahan simen

29 Jul 2026 • 10:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TRC Synergy Berhad mohon maaf insiden tumpahan simen

PETALING JAYA: Pihak pengurusan TRC Synergy Berhad memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden tumpahan konkrit dari tapak projek di Blok 6 berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara di sini semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira 6.10 petang apabila sebuah baldi yang membawa konkrit basah tersentuh tepi pelantar semasa operasi pengkonkritan di tapak projek.

Katanya, insiden itu menyebabkannya senget dan beralih dari kedudukan. 

“Ini mengakibatkan tumpahan konkrit  di mana serpihan daripadanya jatuh ke bumbung laluan pejalan kaki serta tumpah ke jalan akses utama.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kalangan pekerja mahupun orang awam. 

“Walaubagaimanapun, beberapa motosikal yang diletakkan di tepi jalan berdekatan pintu masuk lif terjejas akibat percikan air simen basah,” katanya dalam kenyataan.

TRC Synergy Berhad berkata, tindakan serta merta diambil dengan pengawal lalu lintas dikerahkan serta-merta untuk mengawal kawasan itu dan memulihkan kelancaran trafik secara selamat.

“Kawasan yang terjejas ditutup sementara untuk pembersihan sebelum dibuka semula tidak lama selepas itu.

“Pasukan keselamatan kami juga sudah berhubung terus dengan pemilik motosikal untuk merekodkan kerosakan serta menguruskan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan,” katanya.

Menurutnya, projek pembinaan di Blok 6 itu digantung sementara menunggu pemeriksaan peralatan dan semakan semula prosedur secara menyeluruh.

“Insiden ini adalah kali pertama berlaku di tapak kami. Kami sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap prosedur dan akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini dan memohon maaf secara ikhlas atas kesukaran yang timbul,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial Threads kejadian pemilik motosikal terkena tumpahan simen basah yang jatuh dari bangunan projek terbabit.

Pemilik akaun Threads han2photografer meluahkan rasa terkejut selepas dirinya dan motosikal terkena tumpahan simen basah.- UTUSAN

The post TRC Synergy Berhad mohon maaf insiden tumpahan simen appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved