Treler bawa muatan sawit terbalik

31 Jan 2024 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan di lokasi kejadian dalam kejadian pagi Rabu.

image is not available
Muatan sawit mengenai tiga kenderaan yang berhenti di lampu isyarat merah.

PORT DICKSON - Sebuah treler terbalik sehingga menyebabkan muatan buah sawit yang dibawanya bertaburan dan turut menimpa tiga kenderaan lain di lampu isyarat Lukut-Sepang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian kira-kira jam 8.40 pagi membabitkan sebuah treler jenis Nissan dan tiga kereta iaitu jenis Perodua Kelisa, Proton Persona dan Perodua Myvi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Sepang menghala ke Seremban.

**media[2520627]**

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi iaitu selekoh susur ke Seremban, kenderaan berat itu hilang kawalan dan terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, berikutan itu muatan buah sawit jatuh dan mengenai bahagian sisi kanan kenderaan berkenaan dari arah bertentangan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

"Akibatnya keadaan lalu lintas agak sesak namun berjaya dikawal baik oleh 'respond te trafik Port Dickson'. Kesemua mangsa berusia antara 69 hingga 31 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959," katanya.