Bawa Bakul Penuh Durian, Gelagat Pakcik Ini Naik Motor Redah Banjir Sambil Dibantu Polis Buat Ramai Terhibur

27 Jan 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dinafikan, jika kita ternampak sekatan jalan raya oleh pihak polis ketika sedang memandu di jalan raya, memang rasa takut walaupun kita tahu kita tak buat salah apa-apa.

Namun, bagi seorang pakcik di Indonesia ini pula, gelagatnya yang takut buah-buah durian yang dibawanya diminta oleh pihak polis ketika bertemu dengan pihak berkuasa itu ketika sedang meredah banjir.

image is not available

Dalam video yang tular baru-baru ini, pakcik tersebut dilihat sedang menunggang motosikal sambil membawa bakul yang penuh dengan buah durian di belakangnya ketika dia bertemu dengan polis.

Padahal polis tu bukannya buat apa pun, dorang cuma nak bantu pakcik tu melalui jalan tersebut yang banjir.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah pakcik itu tidak menjawab soalan polis itu.

Dapat didengar dalam video itu bahawa ketika pakcik itu dibantu oleh polis itu untuk melalui kawasan itu, polis itu bertanya kemanakah pakcik itu mahu pergi.

Namun, pakcik berkenaan tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia hanya mengatakan bahawa durian-durian yang dibawanya itu adalah milik orang.

Pakcik itu tetap menjawab sedemikian meskipun polis itu bertanya tentang destinasi pakcik itu beberapa kali.

image is not available

Polis tu pun pandai bergurau sebab sambil tanya soalan tu, dorang siap main tarik-tarik bakul durian pakcik tu.

Lagi lah pakcik tu cuak dengan keselamatan durian dia tu kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.