Treler bawa tujuh kereta baharu terjunam dalam gaung

LocalCars
21 Mar 2025 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tujuh kereta baharu rosak selepas treler yang mengangkut kenderaan tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau-Sandakan, Kampung Nobutan, di sini, pada Jumaat.

image is not available
Antara kereta baharu yang rosak selepas treler yang membawa kenderaan tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau-Sandakan, Kampung Nobutan, Ranau.

image is not available
Rumah rosak akibat dihempap pokok selepas sebuah treler membawa muatan kereta baharu terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau-Sandakan, Kampung Nobutan, Ranau.

RANAU – Tujuh kereta baharu rosak selepas treler yang mengangkut kenderaan tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Ranau-Sandakan, Kampung Nobutan, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, sebuah rumah penduduk turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.46 pagi.

**media[3055055]**

Katanya, seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Ranau.

"Kemalangan melibatkan sebuah treler yang membawa muatan tujuh kereta jenis Proton Saga dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur. Treler tersebut terbabas sendiri lalu terjunam dari ketinggian lebih 15 meter.

"Kemalangan tersebut turut menyebabkan kerosakan sebuah rumah akibat dihempap pokok. Seorang mangsa, iaitu pemandu treler, turut terlibat namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

**media[3055057]**

Mohd Ridwan berkata, pihaknya melakukan pemantauan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari," katanya.