Treler Masuk Gaung: Identiti Kelindan Masih Belum Dikenal Pasti

LocalCars
7 Jan 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kedua yang maut dalam nahas treler terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala ke Bentong, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata nahas itu menyebabkan pemandu treler, Norazuat Mokhtar, 39, dan kelindannya.

"Selepas usaha mencari dan mengeluarkan mangsa kedua dijalankan sejak malam tadi, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui dan dibawa naik dari lokasi kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

"Bagaimanapun, buat masa ini identiti kelindan treler itu belum dapat dipastikan, justeru kita akan cuba menggunakan cap jarinya untuk memastikan identiti.

Terdahulu, media melaporkan anjing pengesan K9 digunakan untuk mencari salah seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah kepala treler dan timbunan besi selepas sebuah lori terbabit dalam kemalangan di KM 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Bentong, malam tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved