Treler Terbabas, Pemandu Maut Tersepit Bawah Kenderaan

26 May 2023 • 9:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pemandu treler maut akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan - Tangkapan layar video Twitter @mohdharrisjaal

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu treler maut akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Rawang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.41 pagi.

"Sepasukan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan terdapat sebuah treler terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah sebelum terbalik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler berusia 28 tahun tersepit di bahagian bawah kenderaan berkenaan.

Katanya, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. – Getaran, 26 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved