Trend Jamilah: Sesiapa tertangkap akan disenarai hitam, kita duda tapi tak terdesak – Sharnaaz

EntertainmentLifestyle
21 Nov 2025 • 1:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada golongan berstatus duda agar tidak terjebak dengan trend lagu Jamilah yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Insta-Storynya, dia berkata sesiapa yang tertangkap melakukan trend tersebut, secara tidak langsung akan digugurkan dan disenarai hitam dari Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM).

Trend Jamilah

image is not available

“Kepada semua ahli dan prospek PDDM.
“Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta-merta dari persatuan,” katanya berseloroh.

Tegas Sharnaaz, golongan duda tidak sepatutnya terjebak dalam trend tersebut kerana enggan dilihat seperti terdesak untuk mencari pasangan hidup.

Trend Jamilah

image is not available

“Kita duda tapi bukan terdesak. Kita ada gaya,” katanya sambil menggelarkan diri sebagai ketua merangkap presiden ‘persatuan’ tersebut.

Terdahulu, trend Jamilah mula meledak selepas pelakon Que Haidar memuat naik video berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil menyanyikan lagu asal nyanyian Jamal Mirdad.

Trend itu kemudiannya menjadi ikutan beberapa selebriti dan usahawan lelaki termasuk Datuk Afdlin Shauki serta Datuk Red, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Instagram @Sharnaaz Ahmad

View Original Article