Trend Melancong Ke Thailand Dikatakan ‘Tak Sihat’, Boleh Jejas Nilai Ringgit Negara

Entertainment
19 Sep 2022 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang semakin teruja untuk melancong ke luar negara, mana taknya dah berapa lama tak dapat keluar negara sebab covid kan?

Antara destinasi bajet yang diminati rakyat Malaysia termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, mungkin kerana kosnya jauh lebih rendah.

Pun begitu, menurut laporan Utusan Malaysia, trend percutian ke luar negara ini bakal menyaksikan lebih banyak aliran keluar mata wang ringgit Malaysia (RM) dibimbangi memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak, keadaan itu tidak baik untuk ekonomi negara jika proses pengaliran mata wang ke luar negara terus berlaku tanpa ada usaha menyeimbangkan antara kedua-dua aliran tunai berkenaan.

“Pilihan ada di tangan masing-masing, tetapi, dari sudut ekonomi kita yang akan rugi kerana duit banyak mengalir keluar. Wang tunai sepatutnya ‘berkitar’ dalam negara dengan menggalakkan lebih banyak kegiatan pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi domestik.” katanya.

Selain itu, dia menyarankan agar kerajaan menawarkan insentif melancong dalam negara menerusi Belanjawan 2023 seperti pelepasan cukai untuk menggalakkan warga Malaysia melancong secara domsetik.

Hmm, apa pendapat korang pula?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.