Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari

27 Apr 2026 • 10:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari

Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari

Dalam dunia pekerjaan, kehadiran ke tempat kerja sering dianggap sebagai tanda dedikasi dan tanggungjawab.

Namun begitu, hadir bekerja ketika sedang sakit bukanlah satu tindakan yang wajar dipuji.

Sebaliknya, keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi individu serta keseluruhan organisasi.

Kali ini, SK ingin berkongsi dengan pembaca tentang satu fenomena yang dikenali sebagai presenteeism dan kenapa situasi ini boleh memberi kesan tidak baik bukan sahaja kepada pekerja itu sendiri, bahkan kepada tempat di mana dia bekerja.

Apa itu "presenteeism"?

Menurut portal Investopedia, presenteeism merujuk kepada situasi di mana produktiviti pekerja merosot walaupun mereka hadir ke tempat kerja.

Difahamkan, ia berlaku apabila seorang pekerja tidak dapat bekerja secara optimum disebabkan masalah kesihatan, kecederaan, tekanan emosi atau faktor lain.

Walaupun hadir ke tempat kerja, prestasi mereka menjadi kurang efisien dan lebih cenderung melakukan kesilapan.

Berbeza dengan ketidakhadiran atau absenteeism yang mudah dikesan, presenteeism sebenarnya memberi kesan lebih besar dari segi kos.

Hal ini kerana penurunan produktiviti akibat presenteeism cenderung berlaku secara berterusan, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan dan peribadi jangka panjang.

Image from: Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari
Kredit: ImageFX

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pekerja dalam situasi ini biasanya tetap berusaha melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Tetapi, keadaan fizikal atau mental mereka yang tidak bersedia atau tidak berada di tahap yang sepatutnya sering membataskan kemampuan tersebut.

Mereka tetap hadir ke pejabat dan bekerja walaupun tidak sihat, mengalami keletihan atau kesakitan fizikal atau berdepan dengan tekanan emosi yang sangat mengganggu fokus.

Disebabkan keberadaan di pejabat, majikan sering berdepan kesukaran untuk mengukur jurang dan turun naik produktiviti berbanding sekiranya pekerja tersebut tidak hadir langsung ke pejabat.

Punca "presenteeism"

Portal Investopedia menjelaskan bahawa antara sebab utama keadaan ini berlaku ialah:

  • Budaya tempat kerja: Pekerja bimbang dilihat tidak komited atau takut menjejaskan peluang kerjaya jika mengambil cuti.

  • Beban kerja: Tugas sukar digantikan atau dikongsi, menyebabkan pekerja memilih untuk tetap hadir.

  • Kekurangan cuti sakit: Polisi cuti yang terhad mendorong pekerja berjimat dan hanya mengambil cuti apabila benar-benar perlu.

  • Tanggungjawab keluarga: Ibu bapa khususnya cenderung menyimpan cuti untuk keperluan anak.

Image from: Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari
Kredit: ImageFX

Kesan presenteeism

Secara ringkas, presenteeism juga boleh menyebabkan majikan menanggung kerugian tertentu. Antara kesannya ialah:

  • Penurunan produktiviti: Prestasi pekerja yang tidak sihat lebih rendah berbanding ketika mereka berada dalam keadaan baik.

  • Peningkatan kesilapan: Pekerja yang tertekan atau sakit lebih mudah melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan operasi syarikat.

  • Melambatkan pemulihan: Terus bekerja tanpa rehat boleh memanjangkan tempoh sakit, sekali gus memanjangkan tempoh produktiviti rendah.

  • Penyebaran penyakit: Pekerja yang sakit boleh menjangkiti rakan sekerja lain, menyebabkan lebih ramai pekerja terjejas.

Kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa presenteeism berkaitan kemurungan boleh menyebabkan kerugian tahunan yang tinggi, malah beberapa kali ganda lebih besar berbanding kos ketidakhadiran.

Image from: Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari
Kredit: ImageFX

Langkah-langkah menangani "presenteeism"

Bagi mengatasi masalah ini, portal Investopedia menyatakan bahawa organisasi boleh mengambil beberapa langkah seperti:

  • Menyediakan cuti yang mencukupi termasuk cuti sakit, peribadi dan keluarga

  • Menawarkan sokongan kesihatan fizikal dan mental

  • Menggalakkan gaya hidup sihat melalui program kesejahteraan

  • Mewujudkan budaya kerja yang menyokong pekerja untuk berehat apabila tidak sihat

  • Memastikan tugasan boleh diagihkan atau dilaksanakan secara fleksibel seperti bekerja dari rumah

Image from: Trend "Presenteeism" Di Tempat Kerja, Situasi Biasa Berlaku Tapi Jarang Disedari
Kredit: ImageFX
Baca juga:

Walaupun langkah ini melibatkan kos, ia mampu mengurangkan kerugian yang lebih besar akibat penurunan produktiviti.

View Original Article