Trend Tutup Mata Guna Wang, Netizen Thailand Desak Keadilan Kematian Zara Qairina

LocalWorld
15 Aug 2025 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zara qairina thailand

Bila bercakap pasal keadilan, memang ramai tak boleh duduk diam kalau rasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Itulah yang tengah berlaku di Thailand sekarang bila kematian tragis Zara Qairina turut mendapat perhatian di sana.

Ramai percaya, ada pihak yang cuba ‘membeli’ kebenaran supaya kes ini senyap begitu saja. Tapi netizen Thailand tak duduk diam dan mula bangkit menuntut jawapan.

Trend protes guna wang kertas demi kebenaran Zara Qairina viral…

image is not available

Untuk tunjuk rasa tak puas hati, mereka cipta trend baru di TikTok dengan aksi tutup mata, mulut dan telinga menggunakan wang kertas. Simboliknya jelas, duit jangan jadi alasan untuk menutup kebenaran.

Antara kapsyen yang tular berbunyi, “Jangan biarkan wang menutup kebenaran” yang kini jadi laungan ramai di media sosial.

image is not available

Lebih menarik, beberapa jenama milik komuniti Muslim di Thailand pun turut serta. Ada yang guna mata wang Baht, dan ada juga yang pilih Ringgit Malaysia sebagai simbol protes. Bukan setakat jenama pakaian, tapi juga produk penjagaan kulit dan pelbagai lagi yang sanggup turun padang dalam kempen ini.

Pssttt! Bila kebenaran cuba disorok, suara orang ramai jadi senjata paling kuat untuk buka mata semua pihak. Jangan sesekali biarkan duit jadi penghalang keadilan. Apapun, kita doakan agar kebenaran dapat ditegakkan. Al-Fatihah buat Zara Qairina.

Kredit: WOB
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.

View Original Article