Trilogi bukan ‘one off project’, tahun depan saiz lebih besar

EntertainmentMusic
30 Aug 2026 • 7:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trilogi bukan ‘one off project’, tahun depan saiz lebih besar

SERDANG – Penyanyi dan komposer, Aepul Roza memberi bayangan bakal merealisasikan satu lagi persembahan berskala lebih besar dengan rakan seperjuangannya, Aweera dan Fiq Halim tahun depan selepas sambutan hangat konsert Trilogi semalam.

Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, 38, berkata, konsert yang menggabungkan mereka bertiga di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai permulaan kepada projek lebih besar.

“Trilogi bukannya ‘one off project’. Ini adalah permulaan kepada sebuah projek baharu untuk kami bertiga.

“Diharap kalian terus memberikan sokongan serta doakan semoga projek trilogi ini dapat disambung lagi.

“Insya-Allah tahun depan ada lagi satu yang saiznya lebih besar,” katanya ketika muncul di pentas, malam tadi.

Malah, pada konsert anjuran syarikatnya sendiri, Aepul Roza Entertainment, dia turut mengumumkan perancangan menerbitkan sebuah album trilogi.

“Ya, insya-Allah kita akan siapkan album. Sebenarnya kita rancang malam ini kita siap lancar dengan album sekali. Tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Album tak sempat siap.

“Walaupun album tak sempat siap, mungkin itu akan menjadi alasan untuk insya-Allah kita buat showcase untuk lancar album pula.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini dan sama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah malam ini,” katanya.

Pada masa sama, Aepul turut memuji komitmen dan pengorbanan rakan seperjuangannya, terutama Aweera yang berdepan masalah pita suara.

“Kita doakan agar Aweera cepat sembuh kerana dia sedang hadapi ujian yang semua penyanyi tak mahu hadapi.

“Aweera berdepan dengan isu ‘vocal chord’ tapi disebabkan komitmen serta cinta terhadap muzik, dia tetap muncul dan buat yang terbaik.

“Sebab ini konsert trilogi, kalau Aweera tiada, kena tukar nama. Semoga Allah l sembuhkan Aweera,” kongsinya.

Biarpun kurang sihat, vokalis kumpulan Mojo itu tetap mempamerkan persembahan bertenaga menerusi aksi solo selain ketika tampil bertiga.

Pada segmen solo, masing-masing membawakan lima lagu sebelum bergabung mempersembahkan lebih 10 lagu hits sepanjang zaman seperti dijanjikan.

Turut menaikkan momentum adalah segmen lagu baharu iaitu Gila selain single berjudul Selamatkan Aku yang dirakamkan bersama pada tahun 2017.

Sepanjang lebih dua jam beraksi, trio terbabit menyampaikan deretan lagu hits daripada ramai penyanyi serta band tersohor seperti Arjuna (Dewa 19), Opera Hidup (Wings), Tiara (Kris), Srikandi Cintaku (Datuk M Nasir), Sendiri (May), Isabella (Search), Gemuruh (Wings).

Seleksi popular lain termasuk lagu daripada Steelheart, She’s Gone, Its My Life (Bon Jovi), Pelesit Kota (Search) serta Drama (Drama Band).

Turut memanaskan pentas ialah isteri Aepul sendiri juga penyanyi, Leez Rosli yang tampil berduet dengannya mendendangkan lagu Sakit dan Kesal. – KOSMO! ONLINE

The post Trilogi bukan ‘one off project’, tahun depan saiz lebih besar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved