'Konsert ini kena ada Kak Ani...' Siti Nurhaliza sebak, Noraniza Idris gementar kembali berduet menerusi 'Hati Kama' selepas 25 tahun

EntertainmentMusic
6 Aug 2026 • 8:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Konsert ini kena ada Kak Ani...' Siti Nurhaliza sebak, Noraniza Idris gementar kembali berduet menerusi 'Hati Kama' selepas 25 tahun

SELEPAS lebih dua dekad, peminat bakal menyaksikan semula gandingan dua nama besar muzik tradisional tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris menerusi lagu ikonik Hati Kama.

Pertemuan istimewa itu bakal menjadi antara momen paling dinantikan dalam Konsert Gema Bumantara apabila kedua-dua penyanyi hebat ini kembali berkongsi pentas selepas 25 tahun tidak mendendangkan lagu berkenaan secara duet.

Bagi Siti, konsert tradisional sulung sepanjang lebih tiga dekad perjalanan seninya itu cukup bermakna kerana bukan sahaja meraikan pencapaiannya dalam dunia muzik, malah menjadi penghormatan buat pejuang irama Malaysia yang terus mempertahankan warisan seni.

Penyanyi yang sinonim dengan pelbagai genre muzik itu tidak dapat menyembunyikan rasa sebak ketika berkongsi keterujaannya untuk membawa bersama nama-nama besar dalam industri tradisional menerusi persembahan berkenaan.

Menurut Siti, kehadiran Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani adalah sesuatu yang wajib kerana beliau melihat penyanyi itu sebagai antara figura penting dalam memperjuangkan muzik tradisional.

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (Rozie), konsert ini kena ada Kak Ani. Kita kena jemput Kak Ani.

“Saya gembira dan maaf saya sebak kerana saya tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar seperti ini.

“Saya mahu mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional boleh ada bersama-sama,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar dan pelancaran Konsert Gema Bumantara di Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Image from: 'Konsert ini kena ada Kak Ani...' Siti Nurhaliza sebak, Noraniza Idris gementar kembali berduet menerusi 'Hati Kama' selepas 25 tahun

BAKAT GENERASI BAHARU

Dalam pada itu, Noraniza pula mengakui berdebar untuk kembali berduet bersama Siti menerusi lagu Hati Kama, apatah lagi persembahan kali ini bakal disampaikan dalam skala besar dengan iringan orkestra.

Walaupun sudah lama dalam dunia seni, penyanyi yang dikenali sebagai Kak Ani itu mengakui rasa gementar tetap ada apabila perlu bergandingan dengan Siti selepas tempoh yang begitu lama.

“Ya ALLAH, Kak Ani sebenarnya seram. Seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza.

“Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet, apatah lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra.

“Kak Ani rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” luahnya yang tampil anggun mengenakan busana songket biru.

Image from: 'Konsert ini kena ada Kak Ani...' Siti Nurhaliza sebak, Noraniza Idris gementar kembali berduet menerusi 'Hati Kama' selepas 25 tahun

Selain menyatukan kembali dua legenda muzik tradisional itu, Konsert Gema Bumantara turut menampilkan bakat generasi baharu iaitu Haziq Rosebi serta dua penyanyi terkenal Indonesia, King Nassar dan Lesti Kejora.

Bakal berlangsung pada 17 Oktober 2026 di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, konsert berkenaan dijangka menjadi sebuah malam penuh nostalgia yang meraikan keindahan muzik tradisional dalam sentuhan lebih segar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved