Trio compound panah emas di Korea Selatan

7 Jun 2024 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Skuad memanah negara meraih emas dalam aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia di Korea Selatan pada Jumaat. Foto FB MSN

SKUAD memanah lelaki negara mencipta sensasi apabila mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia Peringkat III di Suwon, Korea Selatan pada Jumaat.

Pasukan kebangsaan dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Mohamad Syafiq Md Ariffin dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Choi Eun Gyu, Kang Donghyeon dan Lee Eun Ho, 236-234.

"Terima kasih di atas ucapan semuanya. Esok (Sabtu) ada lagi satu saingan individu. Gangsa, Insya-ALLAH. Doakan," catat Mohd Juwaidi menerusi Facebooknya.

Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Facebook rasminya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan negara yang berjaya menonjolkan prestasi terbaik untuk membawa pulang pingat emas.

Kejohanan memanah Piala Asia 2024 yang membuka tirai Isnin lepas dijadualkan berakhir pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved