Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi yang sedang merancang percutian hujung tahun, September nampaknya masa yang sesuai untuk anda mula membuat tempahan memandangkan Trip.com telah melancarkan beberapa kempen perjalanan dengan pelbagai tawaran promosi sepanjang bulan ini.
Platform pelancongan sehenti global itu akan menjalankan beberapa kempen secara berturut-turut, termasuk kod promosi terhad untuk penerbangan, hotel, tarikan pelancongan dan banyak lagi.
Antara kempen yang bakal berlangsung ialah Malaysia Airlines Travel Fair x Trip.com Online Travel Fair dari 4 hingga 7 September, diikuti 9.9 Mega Sale dari 9 hingga 12 September.
Malaysia Airlines Travel Fair x Trip.com Online Travel Fair
Bermula 4 hingga 7 September, Trip.com sekali lagi bekerjasama dengan Malaysia Airlines menerusi kempen tahunan Malaysia Airlines Travel Fair.
Kalau dah lama teringin nak ke luar negara, kempen ini menawarkan tambang all-in Malaysia Airlines bermula RM299 bagi destinasi popular termasuk Bali, Taipei, Shenzhen dan banyak lagi.
Selain tambang penerbangan, orang ramai turut boleh mendapatkan kod promosi eksklusif Malaysia Airlines serta kod promosi Trip.com yang ditawarkan dalam jumlah terhad.
Bagi pemegang kad tertentu pula, terdapat tawaran tambahan seperti RM525 off untuk penerbangan Business Class dan First Class bagi pelanggan HSBC Premier, selain promosi daripada UOB, Maybank Mastercard, RHB dan Visa.
Tawaran tambang bermula RM299 ini adalah terhad dan diberikan berdasarkan konsep first come, first served. Tempahan bagi tawaran tersebut perlu dibuat menerusi aplikasi Trip.com, dengan had maksimum dua penumpang bagi setiap tempahan atau akaun.
Baca di [SINI]
Trip.com Online Travel Fair tawar pelbagai promosi untuk kembara dalam & luar negara
Pada masa sama, Trip.com Online Travel Fair turut menawarkan pelbagai promosi untuk perjalanan dalam dan luar negara.
Antaranya termasuk diskaun sehingga RM300 untuk semua syarikat penerbangan, pakej penerbangan dan hotel serta tiket tarikan pelancongan Buy 1 Free 1 di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Jepun.
Pada 4 September, Trip.com turut mengadakan lebih 12 jam promo code drops, termasuk diskaun sehingga 50% untuk semua penerbangan, sehingga 15% untuk tiket Business Class dan diskaun 50% bagi lawatan sehari terpilih.
9.9 Mega Sale dari 9 -12 September

Bagi 9.9 Mega Sale yang berlangsung dari 9 hingga 12 September, terdapat pelbagai tawaran merangkumi lebih banyak aspek perjalanan, daripada penerbangan dan penginapan hinggalah sewaan kereta, pemindahan lapangan terbang, perjalanan kereta api dan pelayaran.
Pengguna boleh mendapatkan kod promosi penerbangan dan hotel bernilai sehingga RM250, selain diskaun sehingga 15% untuk tempahan hotel bagi penginapan lebih lama.

Turut ditawarkan ialah jualan kilat dengan harga bilik bermula RM99 bagi hotel terpilih di Chengdu, Shanghai dan Guangzhou, selain tawaran penginapan di Kuala Lumpur.
Bagi yang nak masukkan lebih banyak aktiviti dalam itinerary, Trip.com turut menawarkan diskaun sehingga 50% untuk tiket Shanghai Disney Resort dan Hong Kong Disneyland.
Tawaran Buy 1 Free 1 juga tersedia untuk beberapa tarikan utama lain termasuk Ba Na Hills, Gardens by the Bay, Bali Exotic Marine Park dan Yehliu Geopark.
Malah, mereka yang merancang road trip turut boleh mendapatkan penjimatan sehingga 50% untuk sewaan kereta di Malaysia, Thailand, Korea, Jepun, Taiwan, Sepanyol, Perancis, Itali serta beberapa destinasi terpilih lain di seluruh dunia.
Dengan pelbagai kempen yang berlangsung hanya dalam tempoh terhad, September boleh dikatakan antara masa yang sesuai untuk mula mengunci perancangan percutian hujung tahun, terutama bagi yang memang sudah ada destinasi dalam kepala.
Pengguna boleh menyemak jadual promosi dan halaman kempen menerusi aplikasi Trip.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran yang tersedia.
Untuk maklumat lanjut, layari Trip.com Malaysia atau muat turun aplikasi Trip.com untuk mengakses semua kempen dan tawaran yang tersedia.




