“Nyawa & Roh Kafe Ini Sudah Tiada”, Abang Arwah Sofiya Umum Secangkir Kafe Akan Ditutup, Operasi Terakhir Hari Ini

LocalFood
4 Sep 2026 • 10:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Nyawa & Roh Kafe Ini Sudah Tiada”, Abang Arwah Sofiya Umum Secangkir Kafe Akan Ditutup, Operasi Terakhir Hari Ini

Kafe popular, Secangkir Kafe bakal ditutup selepas pemergian pemilik, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan terlibat dalam kemalangan maut yang turut meragut nyawa suaminya pada Isnin lepas.

Keputusan sukar itu dimaklumkan oleh abang kepada arwah Sofiya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, semalam.

“Kami dengan berat hari ingin mengumumkan kami tidak akan meneruskan cafe adik kami.

“Sayang seribu kali sayang, tapi terpaksa juga kerana nyawa dan roh di cafe tersebut sudah tiada. Kami juga tiada kepakaran untuk menghasilkan semula kek kek arwah Sofiya kerana semuanya unik dan berbeza setiap minggu,” kata @iqiekazama.

Menurut @iqiekazama lagi, Secangkir Kafe akan beroperasi buat kali terakhir pada 4 September, bermula dari pukul 3 petang sehingga 9 malam dengan memberi fokus kepada jualan kepada kek dan kopi sahaja.

Keputusan berat, abang umum Secangkir Kafe akan ditutup

“Stok kopi dan kek juga terhad. Terutama sekali kek, kami terpaksa limit satu slice per customer sahaja untuk esok dan kopi juga terhad kepada 300 cup sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, @iqiekazama memaklumkan pihaknya turut mengambil keputusan untuk melelong semua stok jualan termasuk perkakasan kedai dan maklumat lanjut akan dikongsikan pada hari terakhir Secangkir Kafe beroperasi.

“Insha Allah hasil duit jualan akan digunakan jika arwah adik kami masih ada hutang dengan sesiapa, menyelesaikan apa yang tertunggak dan lain-lain.

Baca juga:

“Berat. Sangat berat keputusan ini tapi kami rasa itulah yang terbaik. Jadi terima kasih kepada semua yang pernah support Secangkir Kafe dari awal dan esok adalah hari terakhir legasi Secangkir,” kata @iqiekazama lagi.

Perkongsian yang dibuat oleh @iqiekazama pantas menarik perhatian warga maya, terutama kepada mereka yang pernah menjadi pelanggan kepada kafe berkenaan.

Walaupun berat, namun rata-ratanya amat memahami keputusan yang perlu diambil oleh keluarga berhubung perniagaan yang diusahakan oleh arwah Sofiya sebelum pemergiannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved