Trip Sabah 2 Hari 1 Malam di Sutera@Mantanani Island Resort Review

Travel
5 Oct 2022 • 2:08 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sutera@Mantanani terletak di sebuah pulau yang mempunyai pantai yang cukup bersih dan merupakan permata tersembunyi di Negeri Sabah. Mempunyai keajaiban alam semulajadi serta kaya dengan hidupan marin menjadikan ianya sebagai destinasi sesuai untuk bersantai bersama yang tersayang.

Jika anda datang dari luar Sabah, anda boleh habiskan satu malam menikmati keindahan Kota Kinabalu sebelum mulakan perjalanan ke Kota Belud untuk ke Pulau Besar Mantanani. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk tiba di jeti Rampayan seterusnya anda perlu menaiki bot selama 45 minit ke Sutera@Mantanani.

image is not available

Di Kota Kinabalu anda boleh bermalam di Sutera Harbour Resort dan bas ke jeti rampayan akan bertolak dari lobby hotel bermula jam 6.45 pagi. Boleh rujuk pihak hotel untuk dapatkan jadual perjalan bas.

Setelah 45 minit menyelusuri ombak laut cina selatan yang agak tenang maka sampailah di pintu syurga by Dayang Nurfaezah eh. Maaf maka sampailah di island gateway yang menjanjikan syurga dunia yang cukup memukau.

image is not available

image is not available

image is not available

Resort ini berkonsepkan minimalis namun sangat menarik dan selesa, sangat menepati tema pulau tropikal di Malaysia. Menawarkan tiga jenis bilik iaitu Premium Chalet, Beach Chalet dan Deluxe. Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan Flat Screen TV, Private Bathroom, Toiletries, Closet, Safety Deposit Box, Slippers, Tea/Coffee Maker, Minibar, Outdoor furniture dan yang paling penting adalah Air-Condition & Fan.

Tambah istimewanya resort ini bilik-bilik di sini berada betul-betul berhampiran pantai. Bayangkan buka je pintu bilik anda terus dihidangkan dengan satu pemandangan pasir memutih dan laut membiru serta sapaan bayu laut yaang begitu lembut. Memang terasa bagaikan di syurga.

Aktivit di Sutera@Mantanani

image is not available

image is not available

Di pulau ini anda bukan sahaja boleh lepak menikmati keindahan pantai bahkan banyak lagi aktiviti yang telah disediakan oleh pihak resort bagi memastikan setiap pelanggan mereka sentiasa berseronok sepanjang berada di pulau ini.

image is not available

Antara aktiviti wajib di pulau semestinya snorkeling, ada banyak tempat untuk snorkeling di pulau ini salah satunya sudah termasuk di dalam pakej yang disediaakan tetapi kalau nak snorkeling di sekitar resort pun tak ada masalah dan peralatan boleh sewa di sana.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh sewa ATV di sana bolehlah test power sikit kan.

image is not available

Lagi satu jika anda cukup bertuah datang pada musim bulan cerah biasanya antara bulan Mac sampai Julai anda dapat menyaksikan mantanani blue tears di sekitar pantai Pulau Mananani.

image is not available

Mantanani juga popular dalam kalangan penyelam untuk melihat keindahan hidupan laut yang tidak dapat di tempat lain. Menurut sumber orang kampung di sini, Mantanani juga merupakan satu-satunya habitat haiwan laut yang begitu rare sekali iaitu Dugong di Malaysia. Tetapi sekarang akibat terlalu ramai pelancong yang masuk membuatkan haiwan ini semakin sukar untuk dilihat di sini.

image is not available

4 Pakej ditawarkan

Kalau ada yang berminat inilah masanya untuk anda aambil peluang kerana mereka sedang menjalankan promosi hebat sehingga hujung tahun ini. Ada 4 pakej hebat yabg disediakan untuk anda semua.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa lagi geng, jom kita ke Pulau Mantanani, Semporna dah terlalu biasa dah, Lagipun dari Kota Kinabalu tak ada lah jauh sangat kan.

Info lanjut:

#suteraharbourofficial #suteraharbour #suteraatmantanani #suteramoments