Trofi EPL Manchester City di Sunway Pyramid

Football
24 Feb 2023 • 1:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak di Malaysia berpeluang melihat sendiri trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenangi Manchester City FC musim 2021-22, petang ini dan esok.

Trofi itu dipamerkan di Football Republic di Sunway Pyramid Mall bermula 4 petang hingga 9 malam hari ini dan 3 petang hingga 9 malam esok (Sabtu) sebagai sebahagian daripada Jelajah Trofi Dunia Manchester City bagi meraikan kejayaan itu bersama peminat mereka.

Pengurus Negara Puma Malaysia Steven Tan berharap ia akan menyemarakkan lagi kecintaan para peminat terhadap bola sepak dan terus berusaha memajukan sukan itu selepas melihat sendiri trofi tersebut.

“Trofi EPL ialah antara yang paling didambakan dalam sejarah sukan. Ia menjadi simbol kepada pencapaian tertinggi dalam sukan paling terkenal dalam liga profesional paling popular di dunia, dan ia berada di sini hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Jelajah itu turut melibatkan jualan barangan berjenama Manchester City termasuk jersi yang ditandatangani pemain, bola dan cenderamata lain.

Pasukan yang turut dikenali sebagai ‘The Citizens’ itu memenangi EPL empat kali dalam tempoh lima tahun, di bawah kendalian Pep Guardiola. -Bernama