Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Doha

14 Nov 2022 • 6:36 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

DOHA: Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Doha pagi Ahad pada penghujung jelajah globalnya yang merangkumi lebih 50 negara dan wilayah, beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA Qatar 2022 , lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Jelajah global trofi Piala Dunia bermula di Dubai, UAE pada Mei dan menjelajah semua negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 termasuk negara lain, dan tradisi itu pertama kali dianjurkan pada 2006.

Jelajah promosi itu memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan trofi sebenar kejuaraan dengan 32 pasukan bertanding merebut gelaran juara bermula Ahad depan.

Pasukan yang menang akan dinobatkan gelaran juara di Stadium Lusail pada 18 Disember, yang juga Hari Kebangsaan Qatar.

Trofi Piala Dunia FIFA sebenar akan kekal di bawah seliaan Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Warisan (SC) dan FIFA sehingga perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, sebelum diserahkan kepada pasukan yang memenangi kejuaraan.

Mengikut peraturan FIFA, hanya bekas juara dan ketua negara berhak menyentuh piala itu, dan disimpan sementara oleh pasukan yang menang.

Kemudian, pemenang akan menerima trofi lain bersalut emas khas yang mengandungi ukiran bendera kejohanan, negara tuan rumah beserta nama pasukan yang menjuarai pertandingan.

Sementara itu, trofi asal yang diperbuat daripada emas itu akan dikembalikan kepada FIFA, mengikut undang-undang dan peraturan.

Walaupun trofi diberikan kepada pasukan yang menang, ia tetap menjadi hak milik FIFA.

Trofi itu diperbuat daripada emas tulen seberat 6.142 kilogram dan diukir dengan dua orang yang menjulang dunia, dengan reka bentuknya dibuat pada 1974. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved