Tropicana Golf & Country Resort rangkul empat anugerah berprestij

18 Aug 2026 • 6:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tropicana Golf & Country Resort rangkul empat anugerah berprestij

PETALING JAYA: Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) mengukuhkan kedudukannya sebagai antara resort golf terkemuka di Malaysia selepas merangkul empat anugerah berprestij dalam tempoh kurang sebulan.

Pencapaian itu meliputi pengiktirafan dalam bidang golf, gaya hidup, sajian, rekreasi keluarga dan kelestarian, sekali gus mencerminkan pendekatan menyeluruh TGCR dalam menawarkan pengalaman kepada ahli dan tetamu.

TGCR memulakan rentak kemenangan pada 30 Julai lalu apabila diiktiraf pada The BrandLaureate Lifestyle BestBrands Awards 2026 bagi kategori Excellence in Leisure – Luxury Golf & Lifestyle Resort.

Pengiktirafan itu turut menandakan kemunculan semula TGCR dalam senarai pemenang BrandLaureate selepas kali terakhir menerima pengiktirafan berkenaan pada 2016.

Lebih signifikan, TGCR merupakan satu-satunya kelab golf Malaysia yang menerima pengiktirafan pada anugerah berkenaan tahun ini.

Image from: Tropicana Golf & Country Resort rangkul empat anugerah berprestij
Pengarah Eksekutif, Pengurusan Resort TGCR, Shahril Abdul Salam bersama Anugerah BrandLaureate Lifestyle BestBrands 2026.

Pada 8 Ogos lalu, TGCR sekali lagi mencatat kejayaan pada Tourism Industry Awards 2026 (TIA26) apabila meraih tiga anugerah tambahan iaitu Best Family Oriented Golf Club, Best Golf Lifestyle Restaurant – Twenty7 Restaurant dan Best ESG Excellence Award for Golf Club.

Kategori Best ESG Excellence Award for Golf Club pula merupakan kategori baharu yang diperkenalkan buat kali pertama pada Tourism Industry Awards dengan TGCR muncul sebagai penerima sulung.

Pengiktirafan itu diberikan atas komitmen TGCR dalam mengintegrasikan kelestarian dan amalan bertanggungjawab dalam operasinya.

Pengarah Eksekutif – Pengurusan Resort Tropicana Golf & Country Resort, Shahril Abdul Salam berkata, pencapaian berkenaan menjadi bukti dedikasi dan semangat seluruh pasukan TGCR.

“Meraih empat anugerah industri berprestij dalam tempoh kurang sebulan merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat TGCR.

“Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kami dalam menyediakan pengalaman luar biasa dalam setiap aspek TGCR daripada golf bertaraf kejohanan dan hospitaliti kepada sajian, rekreasi, acara, kesejahteraan, sukan dan kelestarian.

“TGCR akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan standard, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat ahli dan tetamu serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara resort golf dan gaya hidup terkemuka di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat pengiktirafan itu menambah kepada portfolio anugerah industri TGCR selain mengukuhkan reputasinya dalam kalangan ahli, tetamu, rakan korporat serta industri pelancongan dan hospitaliti.

TGCR turut menerima pencalonan dalam HAPA Awards 2026 Series dan World Golf Awards 2026 ketika Resort itu meneruskan usaha mengejar kecemerlangan dalam landskap golf, hospitaliti dan gaya hidup Malaysia.

Ditubuhkan pada 1990-an, perbandaran Tropicana Golf & Country Resort seluas 625 ekar itu dibangunkan berdasarkan visi Tropicana untuk mewujudkan perbandaran berkonsep resort yang membolehkan komuniti tinggal, bekerja, bermain, belajar dan membeli-belah.

Pembangunan itu menempatkan padang golf 27 lubang yang memenangi anugerah serta rumah kelab seluas 450,000 kaki persegi yang menjadi ciri utama TGCR sejak beberapa dekad lalu.

Rumah kelab berkenaan kini berkembang sebagai hab golf, rekreasi dan gaya hidup yang menempatkan enam restoran, sebuah klinik, sebuah kedai runcit, sebuah spa, dua kedai sukan, sebuah tadika dan pusat pembelajaran, selain pelbagai kemudahan rekreasi, perkhidmatan dan tawaran gaya hidup. – UTUSAN

The post Tropicana Golf & Country Resort rangkul empat anugerah berprestij appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved