Trump akan balas dendam untuk Google

WorldPolitics
25 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trump akan balas dendam untuk Google

WASHINGTON – Presiden Donald Trump kelmarin mengancam mengenakan tarif dan melancarkan siasatan perdagangan rasmi ke atas Kesatuan Eropah(EU) selepas Brussels mengenakan penalti terhadap enjin carian Google.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata, EU  ‘akan menerima padah  untuk tingkah laku yang menyalahi undang-undang dan sangat tidak beretika, yang mana saya telah secara konsisten memberi amaran kepada mereka’.

Menurut Trump, beliau akan ‘segera memulakan Siasatan 301’ terhadap apa yang didakwa sebagai  amalan EU merompak  syarikat-syarikat Amerika. Beliau juga akan menguatkuasakan tarif tinggi ke atas blok tersebut seawal mungkin.

“Amerika Syarikat bukan ‘TABUNG’ untuk Eropah, dan kami tidak akan membenarkan ini  berlaku,” katanya.

Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 membolehkan Washington menyiasat amalan asing yang dianggap sebagai diskriminasi dan membalasnya dengan tarif.

Ancaman Trump datang sehari selepas White House mengumumkan tarif baharu tinggi  antara 10 peratus hingga 12.5 peratus,  menyasarkan 60 rakan dagangan Washington termasuk EU.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Eropah pada Khamis mendenda Google sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion)  kerana melanggar Akta Pasaran Digital (DMA), undang-undang penting EU bagi  mengawal selia tingkah laku platform dalam talian yang dominan.

Ia adalah penalti pertama  dikenakan ke atas Google  di bawah undang-undang tersebut.

Menurut suruhanjaya berkenaan,  Google didapati memihak kepada perkhidmatan beli-belah, hotel, pengangkutan dan sukannya sendiri dalam hasil carian serta  menghalang pembangun aplikasi daripada mengarahkan pengguna ke tawaran yang lebih murah di luar gedung Google Play. – AFP 

The post Trump akan balas dendam untuk Google appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved