Trump akan laksana ‘perang ekonomi’ terhadap Iran

WorldPolitics
10 Aug 2026 • 8:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump akan laksana ‘perang ekonomi’ terhadap Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad memberi isyarat bahawa beliau bersedia membiarkan tekanan ekonomi terhadap Iran terus meningkat daripada mengarahkan lebih banyak serangan ketenteraan walaupun Teheran mengemukakan tuntutan tegas.

“Kami memperlahankannya secara senyap,” kata Trump menurut portal berita Axios yang melaporkan mereka bercakap dengannya melalui panggilan telefon secara ringkas.

Hanya seminggu lalu, Trump mengeluarkan ancaman terbaharunya untuk melancarkan serangan hebat terhadap Iran, sebelum sekali lagi berundur, ketika beliau terus mendesak supaya satu perjanjian dicapai bagi menamatkan perang yang dimulakannya bersama Israel pada 28 Februari.

Menurut Axios, Trump tidak menunjukkan sebarang kekecewaan pada Ahad berhubung tindakan Iran melengah-lengahkan persetujuan untuk membuka semula Selat Hormuz.

Iran menuntut supaya AS terlebih dahulu menamatkan sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran dan menarik balik sekatan minyak, seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua negara pada Jun.

Sekatan terhadap Selat Hormuz oleh Iran sejak perang bermula telah menyebabkan harga bahan api melonjak dan menggugat ekonomi dunia, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Trump ketika pilihan raya pertengahan penggal pada November semakin hampir.

“Kami hanya berunding secara separuh dengan mereka. Kami sekadar memerhatikan Iran yang berdepan inflasi sangat tinggi dan hakikat bahawa mereka tidak mempunyai wang,” kata Trump seperti dipetik.

Trump turut berkata, harga minyak semakin menurun, menyebabkan pengguna Amerika berasa kurang tertekan akibat perang tersebut. – AFP

 

The post Trump akan laksana ‘perang ekonomi’ terhadap Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved