Trump Bakal Bersemuka Dengan Zohran Mamdani

WorldPolitics
20 Nov 2025 • 3:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Bakal Bersemuka Dengan Zohran Mamdani

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan yang dinanti-nantikan dengan Datuk Bandar New York yang baharu, Zohran Mamdani, di Oval Office pada Jumaat ini.

Pertemuan itu dijangka menjadi sesi bersemuka pertama antara dua tokoh politik yang sejak beberapa bulan lalu saling mengkritik antara satu sama lain.

Trump menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan bahawa Mamdani sendiri meminta pertemuan tersebut. Beliau turut berkata bahawa butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Jurucakap Mamdani, Dora Pekec, menjelaskan bahawa adalah perkara biasa untuk Datuk Bandar New York yang baharu bertemu presiden.

Katanya, Mamdani bercadang membincangkan isu keselamatan awam, keselamatan ekonomi dan kemampuan hidup. Difahamkan, ia antara isu utama yang menyumbang kepada sokongan lebih sejuta pengundi dua minggu lalu.

Hubungan tegang Trump-Mamdani

Hubungan antara kedua-dua tokoh itu sebelum ini tegang. Trump selama berbulan-bulan menuduh Mamdani sebagai ‘komunis’ dan meramalkan kehancuran bandar New York jika beliau dipilih.

Trump juga pernah mengugut untuk mengusir Mamdani yang lahir di Uganda dan menjadi warganegara AS pada 2018, serta menarik balik dana persekutuan daripada bandar itu.

Namun selepas keputusan pilihan raya November lalu menyaksikan Parti Republikan tewas teruk di Georgia, New Jersey, Pennsylvania, Virginia dan New York, Trump mula memberi tumpuan kepada isu kemampuan hidup, selari dengan fokus kempen Demokrat.

Minggu lalu, beliau malah mengisytiharkan Republikan sebagai “Parti Kemampuan Hidup”, walaupun parti itu sebelum ini menegaskan ekonomi negara berada pada tahap terbaik.

Pada Ahad lalu, Trump memaklumkan kepada media bahawa beliau merancang untuk bertemu Mamdani.

Sehari kemudian, Mamdani, yang bakal mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar pada Januari, mengesahkan bahawa pasukannya sudah menghubungi White House untuk mengatur pertemuan tersebut.

Dalam ucapan kemenangannya awal bulan ini, Mamdani, 34, yang bangkit pantas daripada ahli perundangan negeri yang kurang dikenali kepada Datuk Bandar New York, berkata beliau mahu bandar itu menunjukkan kepada negara bagaimana untuk ‘mengalahkan presiden’.

Beliau juga pernah menyuarakan hasrat untuk ‘melindungi New York daripada dasar Trump’ apabila mula memegang jawatan kelak. Namun, beliau menegaskan kesediaannya bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Trump sekiranya ia membawa kebaikan kepada rakyat New York.

BACA: Cipta Sejarah, Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani

Sumber: The Guardian

The post Trump Bakal Bersemuka Dengan Zohran Mamdani appeared first on Siakap Keli.