Pemilik Gerai Di Kantin Sekolah Tak Dapat Teruskan Perniagaan Gara-gara Tular Video Tegur Murid Tak Ada Adab

19 Nov 2025 • 5:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pemilik gerai kantin sekolah rendah di Singapura, yang tular media sosial dengan perkongsian pengalamannya di tempat kerja, berkata dia bakal menutup gerainya susulan aduan mengenai video yang tular.

Rayner Tan, 27, yang lebih dikenali dengan nama media sosialnya @veg.eng, sebelum ini tular kerana video dia menegur dan mengajar seorang budak lelaki dengan cara yang baik kerana murid itu melemparkan wang kertas 2 dolar ke kaunter semasa memesan makanan.

Artikel berkaitan : Pengsan Ketika Berjalan Ke Kantin, Pelajar Tingkatan 2 Di Melaka Meninggal Dunia

Bagaimanapun klip asal itu telah dipadamkan berikutan dengan ‘aduan’ kepada Sekolah Mee Toh, sambil dia mengatakan bahawa berurusan dengan pihak ‘sekolah, pihak berkuasa dan ibu bapa’ adalah sukar.

Berita yang menyedihkan pengikutnya itu dibuat pada hari ke-62 dia menjalankan perniagaan gerai kantin, Tan juga turut memberitahu pengikutnya bahawa dia tidak akan memperbaharui kontrak perniagaan baharu pada tahun 2026.

image is not available

“Sukar untuk berurusan dengan sekolah, pihak berkuasa dan ibu bapa,” katanya, sambil menambah bahawa beliau sedang memikirkan langkah seterusnya.

Tan turut mendedahkan bahawa satu aduan telah dibuat kepada pihak sekolah mengenai video tular itu dan beliau terpaksa memadamkan video tersebut, bersama beberapa video lain.

Selain itu, Tan menjelaskan mengenai kesulitan untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang tidak menentu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada netizen atas sokongan dan galakan mereka yang menjadikan videonya tular.

image is not available

Dalam pada itu, pengetua Sekolah Mee Toh, Kelvin Tay berkata pihak sekolah telah menerima maklum balas daripada ibu bapa dan orang awam yang prihatin mengenai video yang menunjukkan Tan menguruskan gerainya dan berinteraksi dengan para pelajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VegEng | Engineered Vegetarian Meals (@veg.eng)

Memandangkan beliau tidak mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum merakam pelajar-pelajar tersebut, klip itu telah dipadamkan.

“Encik Tan membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak atas kehendaknya sendiri. Pihak sekolah tidak memintanya untuk menghentikan kontraknya,” kata Tay.

Sumber : Stomp

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.