
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Rabu menjanjikan AS$5,000 (RM20,333) kepada setiap rakyat dewasa Amerika Syarikat (AS) jika parti Republikan berjaya mengekalkan kawalan ke atas Kongres AS pada November.
Beliau turut mengemukakan dakwaan luar biasa itu bersama rayuan kepada penyokongnya supaya berpura-pura beliau bertanding dalam pilihan raya.
“Jika Republikan menang, anda menang bersama kami dan anda mendapat AS$5,000. Ia akan dipanggil dividen Trump,” katanya pada konvensyen Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal di Dallas, ketika parti itu ketinggalan daripada parti Demokrat dalam tinjauan pendapat.
Presiden itu tidak menjelaskan dari mana wang berkenaan akan diperoleh dengan jumlah peruntukan secara teori berkemungkinan melebihi AS$1 trilion (RM4.06 trilion). Sebaliknya, beliau hanya berkata bahawa negaranya sedang menjana begitu banyak wang.
Beliau turut mengulangi keyakinan boleh membantu Republikan menentang keputusan tinjauan pendapat dan mengekalkan kedua-dua dewan Kongres pada 3 November.
“Saya meminta anda berpura-pura bahawa saya bertanding dalam pilihan raya. Saya bertanding, saya bertanding sekali lagi,” katanya kepada hadirin.
Sebahagian besar tinjauan pendapat menunjukkan kadar sokongan terhadap Trump berada pada paras rendah 30 peratus, ketika pengundi semakin marah berhubung harga yang tinggi dan perang yang dilancarkannya terhadap Iran.
Sebuah organidsasi media, Decision Desk HQ menjangkakan Demokrat memenangi Dewan Perwakilan dengan 230 kerusi.
Ia menjangkakan Dewan Senat dijangka berakhir dengan keputusan 51-49 memihak kepada Demokrat pada November. – AFP
The post Trump janji beri RM20,000 kepada setiap warga AS dewasa jika Republikan menang pilihan raya appeared first on Utusan Malaysia.



