Trump Janji Beri Rakyatnya AS$5,000 Jika Republikan Menang Pilihan Raya

WorldPolitics
10 Sep 2026 • 11:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Trump Janji Beri Rakyatnya AS$5,000 Jika Republikan Menang Pilihan Raya

Presiden Donald Trump berjanji bahawa setiap rakyat Amerika Syarikat yang dewasa akan menerima AS$5,000 (sekitar RM20,346) daripada kerajaan persekutuan sekiranya Parti Republikan berjaya mengekalkan penguasaan Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Memetik laporan AFP, Trump juga meminta penyokongnya supaya 'berpura-pura' seolah-olah namanya turut berada dalam kertas undi.

“Jadi, jika Republikan menang, anda juga menang bersama kami dan anda akan menerima AS$5,000. Ia akan dinamakan sebagai ‘Trump dividend’,” kata Trump kepada penyokong Republikan di Texas ketika parti itu berdepan persaingan sengit dengan Demokrat dalam tinjauan pendapat.

Baca juga:

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan dari mana sumber dana itu akan diperoleh dan hanya berkata bahawa negara itu sedang menjana wang yang banyak.

Trump Janji Beri Rakyatnya AS$5,000

Tinjauan pendapat menunjukkan kadar sokongan terhadap Trump berada sekitar awal 30 peratus ketika pengundi semakin tidak berpuas hati dengan harga barangan yang tinggi serta perang yang dilancarkannya terhadap Iran.

Decision Desk HQ meramalkan Demokrat akan memenangi Dewan Perwakilan dengan 230 kerusi berbanding 205, manakala Senat pula dijangka berakhir dengan keputusan 51-49 memihak kepada Demokrat pada November.

Sementara itu, Trump turut mempertahankan perang Iran yang kurang mendapat sokongan dan meramalkan kemenangan, sambil mengaitkannya secara langsung dengan penurunan harga minyak.

Beliau kemudian mencadangkan Selat Hormuz yang mempunyai kepentingan strategik dinamakan sempena dirinya.

“Harga makanan dan hampir semua barangan lain sedang turun dengan cepat dan an harga minyak juga akan turun sebaik sahaja kita memenangi perang dengan Iran, yang sedang berlaku sekarang,” katanya.

Trump turut mengulangi dakwaan beberapa pemimpin Republikan pada konvensyen itu mengenai ancaman gelombang komunisme terhadap Amerika Syarikat.

Image from: Trump Janji Beri Rakyatnya AS$5,000 Jika Republikan Menang Pilihan Raya
Kredit: AFP

“Negara ini akan menjadi negara komunis jika mereka menang,” katanya.

Trump dijadual kembali menghadiri kemuncak konvensyen pada Khamis selepas ucaptama oleh Naib Presiden JD Vance.

Anggota Kabinet, pemimpin Kongres serta calon dalam persaingan sengit bagi Dewan Perwakilan dan Senat turut dijadualkan berucap.

Pertaruhan utama Republikan ialah sama ada Trump masih mampu menggerakkan pengundi yang setia kepadanya walaupun beliau sendiri tidak bertanding, tanpa terus menjauhkan pengundi bebas yang semakin tidak berpuas hati dengan pentadbirannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved