Trump mahu tukar nama Tasik Ontario di sempadan Kanada kepada Tasik Amerika

WorldPolitics
25 Aug 2026 • 11:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump mahu tukar nama Tasik Ontario di sempadan Kanada kepada Tasik Amerika

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan dalam satu hantaran di media sosial Truth Social miiknya pagi ini supaya Tasik Ontario di sempadan Kanada-AS dinamakan semula sebagai Tasik Amerika.

Cadangan itu dikemukakan ketika perang perdagangan antara AS dan Kanada semakin memuncak.

Tasik Ontario bersempadan dengan wilayah Ontario di Kanada di sebelah utara dan negeri New York di AS di sebelah selatan, dengan sempadan Kanada-Amerika merentasi tasik tersebut.

“Amerika sedang mempertimbangkan dengan serius untuk menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika kerana kami tidak menjangka akan menjalankan banyak urusan perdagangan dengan Ontario lagi,” kata Trump dalam hantaran itu. 

“Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini,” tulisnya lagi.

Rundingan perdagangan dengan Kanada gagal beberapa hari lalu dan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney berikrar untuk mengenakan tarif terhadap import dari AS. 

Premier Ontario, Doug Ford merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap pentadbiran Trump. 

Dalam satu temu bual dengan Associated Press minggu ini, beliau berkata, semuanya masih boleh dipertimbangkan termasuk menghentikan bekalan elektrik dan mineral kritikal dari Ontario ke AS. – AGENSI

The post Trump mahu tukar nama Tasik Ontario di sempadan Kanada kepada Tasik Amerika appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved