Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebentar tadi mengarahkan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth dan agensi berkaitan untuk mendedahkan fail kerajaan berkaitan makhluk asing, UFO dan Fenomena Udara Tidak Diketahui (UAP) kepada umum. Arahan diberikan sebagai langkah rasmi kerajaan untuk membuka akses dokumen berkaitan makhluk asing serta UFO yang didakwa disorokkan oleh kerajaan berdekad lamanya.

Wujud kumpulan konspirasi yang percaya kerajaan merahsiakan kewujudan makhluk asing dengan teknologi daripada UFO yang didakwa terhempas di Roswell New Mexico menjadi asas kepada teknologi yang digunakan sekarang. Area 51 sehingga kini dipercayai menjadi lokasi UFO yang terhempas bersama dengan krew disimpan.
Tiga tahun lalu NASA memulakan siasatan ke atas fenomena UFO dan UAP dengan ia mendapati majoritinya adalah belon dan fenomena semula jadi. Masih ada beberapa insiden yang tidak dapat dirungkaikan oleh sains sehingga kini belum terjawab. Kemudiannya pada tahun 2023, Kongres Amerika Syarikat diberitahu bahawa kewujudan UAP sudah dirahsiakan oleh kerajaan menerusi beberapa agensi sejak 1930an lagi.
Apabila dokumen ini didedahkan oleh Amerika Syarikat kelak, mungkin kita akan akhirnya mengetuai sama ada kebenaran benar-benar berada di luar sana seperti kata-kata Agen Fox Maulder.



